CERPEN : Kerana Sepotong Karipap

Kerana Sepotong Karipap
Story By: Nurliyana Zolkibli
Aku terasa seperti ada sesuatu yang sedang mengoncang-goncang badanku. Apa ni, sangat mengganggu waktu tidurku.

“Nak………bangunnak”

Siapa yang menggelarkan aku anak? Ayah aku ke? Bila masa pula ayah aku ikut aku sampai ke sini. Haa, tolong latidak kira sesiapa pun, aku terasa penat sangat, sehari semalaman aku tak tidur dek kerana perjalanan yang jauh beribu batu untuk aku tiba ke sini.

“Nak

Ok, akhirnya aku tewas. Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat di sekelilingku. Hahhh? siapa pula lelaki berjubah dan berserban di hadapan aku ni?. Agak lama aku meneliti wajah lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu.

“Anak ni dari mana? Kenapa tidur kat surau ni?”

“Errsaya dari Selangor, saya datang sini sebab nak berjumpa dengan Haji Kasman”

“Jauhnya dari Selangor. Datang sendiri?”.

Lelaki itu seperti ingin tahu lebih banyak perkara dari aku. Lelaki itu memegang bahuku lalu duduk dia sebalahku.

“Saya datang sendiri, naik baskemudian berjalan kaki ke kampung nierr pakcik ni……

“Tujuan apa nak berjumpa dengan Haji Kasman tu?”

Belum sempat aku nak bertanya, soalan aku dah dipotong. Memang begitu agaknya cara dia, sabar Amrisabar.

“Sebenarnya pakcik, saya ada hajat ni. Hajat tu saya pun tak boleh nak cerita kat sesiapa”

“Nampak macam penting, Anak ni siapa nama?”

Akhirnya, itulah soalan yang aku nak tanya dengan dia tadi.

“Nama saya Mohd Amri, pakcik?”

“Oh,Amri……kamu cuci muka dulu, ambil wuduk,nanti solat subuh sama-sama dengan pakcik. Dah nak masuk waktu ni”

Dia tak jawab soalan aku? Haaa takpe la, lepas solat nanti harap-harap dia tak lupa soalan aku tadi.

Sudah selesai solat subuh, mata aku kembali segar-bugar, badan pun dah tak terasa penat seperti sebelum ini, Alhamdulillah.

Sedang aku melipat sejadah di dalam surau itu, mataku liar mencari pakcik tadi yang aku masih belum tahu siapa namanya. Aku hanya dapat ingat raut wajahnya yang tenang, bertahi lalat di bawah mata dan berjangut putih. Lama aku memerhati di sekitar surau itu namun kelibat pakcik itu masih belum kelihatan.

Satu demi satu jemaah di dalam surau itu keluar dan kembali kepada urusan masing-masing. Sedang aku, masih berdiri tercegat di dalam surau tanpa hala tuju. Kadang aku keliru, kenapa  aku harus ke sini untuk mencari ilmu. Kenapa aku tidak pergi ke majlis-majlis ilmu yang berdekatan.

Aku tiba-tiba teringat pesan seorang sahabat yang jauh lebih muda dari aku. Usianya baru belasan tahun dan dia merupakan penuntut di sebuah sekolah mahad tahfiz. Dia sering mengigatkan aku, “Akhi, menuntutlah ilmu itu tidak kira di mana saja kita berada, In sha Allah, dengan menuntut ilmu dan mengamalkannya, Allah akan permudahkan bagi kita jalan menuju ke syurga”.

Kenapa aku pilih Haji Kasman untuk mendidik aku menjadi hamba Allah yang benar-benar mukmin sedang aku tidak pernah mengenali beliau. Aku pernah bertanya dengan seorang ustaz di Universiti aku suatu ketika dahulu. Dia menceritakan aku banyak perkara yang menarik tentang Haji Kasman. Haji Kasman juga merupakan seorang pendidik yang hanya memberi didikan kepada anak-anak kampung yang tidak berkemampuan untuk belajar di sekolah-sekolah agama. Salah seoraang anak kampung itu adalah ustaz aku sendiri. Dengan didikan agama daripada beliau, aku dapat lihat sendiri anak didiknya yang berjaya dan memiliki ilmu yang tinggi. Aku khusyuk mendengar segala detail peribadi tentang beliau yang diceritakan olek ustaz aku. Ia sangat menarik minat aku untuk mendekatkan diri dengan agamaku sendiri iaitu islam. Namun, kini hampir setahun aku meninggalkan universiti dan baru sekarang aku ingin mencari Haji Kasman. Kalau nak diikutkan, usia beliau sekarang lebih kurang 54 tahun. Aku berharap sangat agar aku diberi kesempatan untuk berjumpa dengan beliau.

Sedar tidak sedar, sudah agak lama aku berdiri di dalam surau itu. Agak jauh memori aku menyimpang ke kenangan silam sehingga aku tidak sedar jam hampir menunjukkan jam 7 pagi. Ehnanti dulu, ke mana pakcik tadi?

Aku toleh ke belakang, kiri dan kanan. Pakcik tadi betul-betul hilang dari radar. Aku berasa sedikit kecewa kerana tidak sempat untuk bertanya siapakah namanya.

Tiba-tiba sahaja perut aku berbunyi. Dah macam bunyi lagu ghazal pun ada. Aku segera mengambil beg galasku dan keluar dari surau untuk meneruskan perjalanan. Tapi sebelum itu, aku perlu mengisi perutku untuk menambah sedikit tenaga agar perjalanan aku lebih lancar.

Aku berjalan di sepanjang bahu jalan. Kelihatan pengguna jalan raya di kampung itu tidak terlalu ramai, yang ada hanya 2’3 buah motor dan kereta yang sedang menuju ke arah yang sama untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Hahakhirnya ada jugak kedai kuih di simpang jalan ni. Aku terus berjalan ke sana dan kelihatan ramai orang berpusu-pusu membeli kuih.

Memang hanya ada satu je ke kedai kuih dalam kampung ni? Aku mushkil. Atau agaknya kuih makcik ni memang terbaik kat kampung niaku pun tak pasti. Tiba sahaja di sana, aku lihat hanya tinggal satu tapaware je. Satu je? Kuih pun tinggal satu biji je? Haa memang tak syak lagi, kuih makcik ni mesti sedap. Tapi…cukup ke satu kuih ni untuk aku yang dah macam setahun tak makan? Ah takpe la, dah ini je rezeki aku untuk hari ini.

“Makcik, kuih ni masih dijual?”

“Oh, makcik baru nak kemas-kemas”

Ehkenapa semua orang tak pernah nak jawab soalan aku hari ni. Salah ke struktur ayat dalam soalan aku? Atau aku sebut lain bunyinya lain. Aku tak faham la. Haa takpe Amri, sabarsabar.

“Makcik, berapa harga karipap ni?”

“Ermmtak apa la, makcik tak jualkamu ambil je la, lagipun dah tinggal satu”

Makcik itu terus masukkan kuih itu ke dalam plastik dan dihulurkannya kepadaku. Rasa serba salah pula nak ambil, tapi orang cakap, rezeki tak boleh ditolak.

“Terima kasih banyak-banyak makcik, semoga Allah murahkan lagi rezeki makcik”.

“sama-sama nak

Terima kasih ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan kepada aku hari ini. Aku bermonolog sendiri dan tiba-tiba hati aku seperti dibisikkan dengan kata-kata yang halus “itulah berkat kesabaran”

Aku tergamam seketika dan kemudian senyum. Aku membuka plastik berisi karipap itu dan mulutku tidak sabar-sabar untuk mengunyah karipap yang aku sendiri tidak tahu sejauh mana rasa sedapnya. Tapi sebelum itu, aku memilih untuk duduk di satu tunggul kayu berhampiran kedai kuih makcik tadi. Belum aku membaham karipap itu, aku terpandang seorang kanak-kanak lelaki berdiri di hadapan kedai kuih tadi. Kanak-kanak lelaki itu kelihatan seperti baru berusia 7 atau 8 tahun. Melihat raut wajahnya dia seperti sedang sangat menginginkan kuih dari makcik itu, tetapi nasibnya kurang baik pada hari ini.

Budak itu berlalu pergi dari kedai itu lalu dia berjalan di hadapanku.

“Adiktunggu

Aku memanggil budak itu lalu dengan serta-merta dia berhenti dan melihatku kehairanan. Ehkenapa dia tengok aku macam tu, muka aku ada rupa penjahat ke, sikit punya hensem ni tak kan la ada rupa macam orang nak culik budak.

“Hmmadik nak kuih?”

Tak ada sebarang jawapan. Haaa ada masalah lagi ke dengan susunan ayat dalam soalan aku.

Tapi, beberapa saat kemudian budak itu hanya mengangukkan kepalanya. Hah nasib baik dia faham soalan aku.

“Meh duduk dekat abang. Jangan risau abang tak makan orang, abang pun makan kuih. Ni”

Dengan wajah kebudak-budakkan, aku dengan yakinnya menunjukkan kuih karipap yang aku dapat free tadi, walaupun hanya satu.

Oleh kerana aku pun lapar, aku belah karipap itu seadil-adilnya mengikut sudut dan diameter yang sama. Haaaa nampak sama pun dua-dua bahagian. Aku pun menghulurkan bahagian karipap itu kepada budak lelaki yang dah bersemangat duduk di sebelah aku.

“Sedap?”

“Sedap

Aha baru rasa lega bila budak ni jawab soalan aku. Fuh, kuih yang dijual oleh makcik tu memang terbaik. Tidak hairanlah ramai orang berpusu-pusu datang ke situ.

“Ermmadik, adik nama siapa?”

“Aniq

Sambil mulutnya penuh mengunyah karipap, dia menjawab aku dengan ringkas.

“Aniq tinggal di mana?”

“Saya tinggal kat sana, tu rumah saya”

Sambil dia menunding jari ke arah sebuah rumah berwarna hijau dan mempunyai struktur binaan yang sangat cantik. Oh, dekat je rumah budak ni.

“Abang, jom pergi rumah saya”

Eh budak ni boleh pulak jadi mesra dengan aku. Aku memang la segan nak bertandang rumah orang, lagi-lagi orang yang tak dikenali. Tapi budak ni tak berhenti-henti tarik tangan aku, baru makan sepotong karipap je pun budak ni dah bertenaga nak tarik aku yang seberat rahsia ni.

Akhirnya sampai la jugak aku kat depan rumah budak tu.

“Atok~~~ Atok~~~”

Budak ni terjerit-jerit panggil atok dia. Aku pun tak tahu nak buat apa. Berdiri tercegat je la kat depan rumah tu dah macam pak pacak.

Beberapa saat kemudian, seorang warga emas keluar ke beranda. Eh, macam kenalpakcik tadi.

“Eh Amriakhirnya sampai juga kamu ke sini”

Pakcik ni tak rasa bersalah ke tinggalkan aku terkapai-kapai sendiri kat surau tadi sedangkan dia tahu yang aku budak baru kat kampung ni. Melihat senyumannya yang agak tenang aku tak jadi nak persoalkan hal itu kepadanya. Aku datang menghampirinya lalu berjabat tangan dengannya dan pada masa yang sama dia menjemput aku duduk di kerusi yang tersusun cantik di beranda itu. Budak tadi hanya duduk diam di sisi atoknya.

“Aaatooktadi kan, masa Aqil nak beli kuih kan, kuih abis kan, lepastu kan,abang ni kan bagi Aqil kuih.. Sedapkan abang kan”

“Haha kankankan”

Banyak penggunaan kan dalam ayat. Aku dah macam guru BM pulak kat sini. Ok, baik aku tanya pakcik ni tentang Haji Kasmantadi masa dia sebut nama tu, macam dia kenal sangat dengan Haji Kasman.

“Pakcik, pakcik tahu tak mana rumah Haji Kasman?”

“Kamu sudah pun sampai ke rumah beliau”

Pakcik tu menjawab dengan senyuman, tapi aku rasa macam nak melopong sebab terkejut. Rupa-rupanya aku dah jumpa beliau seawal subuh tadi dan aku dah solat subuh dengan berimamkan Haji Kasman. Memang aku terkejut dengan takdir aku pada hari ini.

“Tapikenapa pak haji tinggalkan saya sendiri kat surau sedangkan pak haji tahu saya sedang mencari pak haji”

Muka pak haji ni sentiasa tenang dan murah betul dengan senyuman. Agak lama dia ingin menjawab soalan aku.

“Dalam dunia ni tidak ada seorang pun yang Allah biarkan dia sendiri jika niatnya betul-betul ingin menuju ke jalan-Nya”

“Maksud pak haji?”

Aku tiba-tiba bingung untuk mengaitkan situasi demi situasi.

“Apa niat kamu untuk berjumpa dengan saya?”

“Saya ingin mendalami ilmu agama dengan pak haji, sesungguhnya ilmu agama saya masih cetek untuk menagkis hujah-hujah yang bertentangan dengan agama…saya teringin sangan untuk berdakwah”

“Di situ niat kamu, maka Allah akan memudahkan jalan untuk kamu menuntut ilmu. Macam tadisaya yang datang kepada kamu, cuba kamu kembali kepada tujuan utama kamu, iaitu kamu ingin datang kepada saya untuk menuntut ilmudan sekarang kamu sudah pun datang menemui saya……saya tinggalkan kamu tadi sebab saya yakin bahawa Allah tetap akan menunjukkan kamu jalan untuk bertemu dengan saya kerana niat kamu yang betul”

Panjang penerangan Haji Kasman. Baru mendengar sedikit saja hati aku dah berbunga-bunga dan bersemangat untuk menuntut ilmu dari beliau.
--------
Masa kian berlalu, hampir setengah tahun aku mendalami ilmu agama dari Haji Kasman. Banyak nasihat dan motivasi yang dapat memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik. Kini aku berulang-alik ke kampung kemara untuk berjumpa dengan beliau. Aku membeli sebuah kereta sebagai kemudahan untuk aku ke sana dan alhamdulillah sekarang hidup aku jauh lebih tenang dan lebih baik  dari sebelumnya. Tidak hairanlah haji kasman sentiasa berwajah tenang seperti tidak pernah mengalami masalah dalam hidup. Semua itu adalah kerana ilmunya yang penuh di dada. Pesan beliau, carilah ilmu, dan amalkanlah ilmu tersebut.

Comments