FANFICTION : Yesterday He Dies

Yesterday He Dies

Story By: Nurliyana Zolkibli

“KYUNGSOO~~~”
Panggilan itu tidak disahut. Kyungsoo berjalan terus menuju ke biliknya sambil menutup mukanya yang mempunyai kesan luka dan berdarah. Hyejin mengeluh panjang melihat anaknya. Setiap kali Kyungsoo pulang dari sekolah, pasti ada perkara buruk yang akan berlaku kepadanya.

“Kyungsoo, mari makan”. Hyejin memanggil anaknya yang masih berkurung di dalam bilik.

Kyungsoo masih di dalam biliknya dan tetap mendiamkan diri. Kyungsoo berbaring tegak di atas katil sambil menutup mata dengan pergelangan tangannya. Luka pada bibirnya masih belum dibersihkan.

“Kyungsoo, kamu tidak boleh terus begini, kamu menyusahkan mak kamu tahu”. Keluh Heyjin mengenangkan nasib anaknya.

Beberapa minit kemudian, Kyungsoo akhirnya keluar dari bilik. Kesan darah pada mukanya telah dicuci dan dia duduk bersama Hyejin di meja makan. Kyungsoo masih terdiam saat Hyejin sedang memerhatikannya. Sudu demi sudu kuah disendukkan ke dalam mangkuk nasi dan dengan perlahan Kyungsoo menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sambil menahan kesakitan.

“Kyungsoo-ah!!!....”. Hyejin menepuk meja dengan kuat.

Kyungsoo berhenti mengunyah.

“Aishh~ Kenapalah kamu selalu saja buat masalah?...sampai bila kamu nak terus begini!”. Hyejin mengucapkannya dengan nada suara yang agak tinggi.

Kyungsoo masih terus berdiam dan beberapa saat selepas itu, dia meneguk segelas air lalu beredar tanpa berkata apa-apa.

“Kyungsoo!! Kamu dengar tak apa yang mak cakapkan? Kyungsoo!! Aishh~ budak degil!”. Pertanyaan Hyejin dibiarkan begitu saja.

Keesokan harinya, seperti biasa Kyungsoo pergi ke sekolah. Sekali lagi Kyungsoo berhadapan dengan empat orang pelajar samseng yang selalu membulinya.

“Hey Kyungsoo!! Berapa banyak duit yang kau bawa hari ini?”. Kata-kata itu disambut dengan gelak tawa yang lain.

Kyungsoo, mengeluarkan wang sakunya. Hanya 1,000 won yang tersisa di dalam poket seluarnya.

“Ini saja? Ini saja yang kau ada? Budak tak guna!”. Salah seorang dari mereka menepuk kepala Kyungsoo dengan kuat.

Seorang lagi dari mereka sedang mencuba untuk merampas beg sekolahnya sehingga menyebabkan Kyungsoo terjatuh di atas jalan. Namun, selepas itu, satu suara yang agak nyaring tiba-tiba diteriakkan kepada mereka.

“Hey!!! Anak jalanan!!”. Seorang pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah yang sama seperti mereka, kelihatan segak, dengan tenang menuju ke arah mereka.

Pelajar-pelajar samseng itu berhenti memukul Kyungsoo. Mereka semua memerhatikan pelajar yang menuju ke arah mereka itu. Apabila pelajar itu tiba di tempat mereka, dia membantu Kyungsoo bangun sambil menggosok-gosokkan baju Kyungsoo yang berdebu.

“Hey!! kau nak mati?”. Tanya salah seorang pelajar samseng itu.

Pelajar lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya malah dia terus membawa Kyungsoo pergi.
Tindakannya itu menyebabkan salah seorang dari mereka berasa marah dan bertindak memukulnya.
Pergaduhan pun mula berlaku. Tumbukan demi tumbukan, dan tendangan berbalas tendangan. Ternyata pelajar lelaki itu adalah seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri. Kyungsoo hanya berdiam diri, kaku melihat pergaduhan yang sedang berlaku. Pelajar lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan kesemua pelajar samseng sehingga mereka bergegas bangun melarikan diri.

“Haih....budak-budak tak guna ni!!”. Pelajar lelaki itu mengeluh sambil membersihkan debu-debu jalan yang melekat pada baju dan seluarnya.

Setelah itu, dia terus beredar tanpa menghiraukan Kyungsoo yang dari tadi berdiri di situ memerhatikannya.

“Tunggu!!”. Kyungsoo memanggil pelajar lelaki itu.

Langkahnya terhenti namun dia masih tidak berpaling melihat Kyungsoo.

“Kau siapa?”. Kyungsoo menyambung pertanyaan.

Pelajar itu datang menghampiri Kyungsoo sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Ha Neul.....Kang Ha Neul....”. Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Kyungsoo....”. Kyungsoo juga memperkenalkan dirinya.

“Ahh aku dah lambat ke kelas. Jumpa lagi nanti”. Ha Neul terburu-buru pergi.

Tiba di kelas, Ha Neul masuk ke dalam kelas dengan wajah yang bersahaja seperti tidak ada apa yang berlaku. Ha Neul merupakan pelajar pertukaran yang baru memulakan sesi pembelajarannya pada hari itu. Ha Neul terus sahaja duduk di meja yang kosong. Dia sedar seperti ramai mata yang sedang memerhatikannya namun dia tidak hiraukan kerana itu perkara biasa. Beberapa minit kemudian, Kyungsoo masuk ke dalam kelas. Dia duduk di tempat duduknya, iaitu bersebelahan Ha Neul.

“Kamu....”. Ha Neul tercengang melihat Kyungsoo di sebelahnya.

Kyungsoo hanya mengangukkan kepalanya sekali. Belum sempat Ha Neul ingin bertanya kepada Kyungsoo, tiba-tiba, sekumpulan pelajar samseng yang dibelasahnya pagi tadi juga masuk ke dalam kelas yang sama. Dengan pandangan yang tajam, mereka memerhatikan Ha Neul sambil menunjukkan signal ugutan.

“Hey, Kyungsoo....selepas kelas kau pergi ke mana?”. Tanya Ha Neul kepada Kyungsoo.

“Balik ke rumah....”. Jawab Kyungsoo ringkas.

“Selepas itu?....”. Tanya Ha Neul lagi.

“Hanya di rumah”. Sekali lagi Kyungsoo menjawabnya dengan ringkas .

“Huh...Kenapa sangat membosankan?”. Keluh Ha Neul

Kyungsoo tersenyum tawar.

“Mari ikut aku. Kita ke station kereta api Pyeongyang”. Ha Neul menepuk bahu Kyungsoo dan mengajaknya seolah-olah mereka sudah lama akrab.

“Buat apa pergi ke sana?”. Tanya Kyungsoo kebingunggan.

“Ok!! Kau ikut aku....deal!”. Ha Neul serta merta membuat keputusan.

Walaupun baru sahaja mengenali Ha Neul, Kyungsoo sudah meletakkan kepercayaan kepadanya.
Sesi pembelajaran hari itu tamat. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, empat orang pelajar samseng akan menunggu Kyungsoo di pintu pagar sekolah. Kebiasaannya, mereka akan membawa Kyungsoo pergi dan menjadikannya sebagai orang suruhan mereka sepanjang perjalanan pulang ke sekolah. Jika Kyungsoo enggan melakukan apa yang mereka suruh, maka, Kyungsoo akan dibelasah teruk. Begitulah apa yang berlaku kepada Kyungsoo setiap hari.

Ha Neul dan Kyungsoo berjalan seiring melewati pintu pagar sekolah. Empat pelajar samseng itu tidak bertindak memanggil Kyungsoo apabila dia melihat Ha Neul bersamanya. Mereka hanya memerhati dengan penuh kemarahan.

Tiba di station kereta api Pyeongyang, Ha Neul membawa Kyungsoo ke sebuah kedai roti. Ha Neul kelihatan mesra dengan pemilik kedai itu.

“Kita simpan beg sekolah di sini”. Ha Neul serta merta memberi arahan kepada Kyungsoo.

Sesudah itu, Ha Neul menghulurkan kepada Kyungsoo kotak yang berisi roti dan berbagai lagi kuih di dalamnya.

“Ini untuk apa?”. Tanya Kyungsoo.

“Ayuhh...Mari kita menjual roti!!”. Ha Neul menjawabnya dengan penuh riang dan bersemangat.

Mereka pun membawa kotak sambil berjalan di sekitar station kereta api Pyeongyang. Mereka menjual roti dan kuih-kuih itu kepada penumpang-penumpang kereta api yang sedang menunggu kereta api. Ada juga penumpang yang baru sahaja turun dari kereta api lalu menuju ke arah mereka untuk membeli roti.

“Roti......roti.......roti kacang merah.....roti kelapa....roti sosej....”. Ha Neul menjualnya dengan begitu mesra.

Ini adalah buat kali pertama Kyungsoo dapat tersenyum selepas pulang dari sekolah. Keputusannya mengikuti Ha Neul membuatkan dia berjaya mengelakkan diri daripada dibuli oleh pelajar-pelajar samseng di sekolahnya selepas pulang dari sekolah.

“Ha Neul, terima kasih....”. Sepatah kata yang tak mampu dijelaskan itu keluar dari mulut Kyungsoo.

Ha Neul hanya tersenyum seolah memahami.

Selesai menjual kesemua roti, mereka menyerahkan kotak dan wang jualan kepada pemilik kedai itu.

“Terima kasih kerana membantu pakcik....”. Ucap pemilik kedai roti yang berusia lingkungan 50-an.

“Sama-sama pakcik”. Jawab Ha Neul dengan senyuman.

“Ini upah buat kamu berdua”. Wang sejumlah 40,000 won dihulurkan kepada mereka berdua.

Selesai mengucapakan terima kasih dan membantu pakcik itu mengemaskan barangnya, mereka berdua pun beredar dari situ.

Dalam perjalanan pulang, Ha Neul menghulurkan duit bahagian hasil jualannya tadi kepada Kyungsoo.

“Nah budak, ambil lah..”

“Eh! Kenapa?”. Kyungsoo kehairanan.

“Ambil lah, aku tak perlukannya. Esok ikut aku lagi. Aku akan tunjuk banyak lagi perkara yang menyeronokkan”.

Tiba di rumah, Hyejin menunggu Kyungsoo dengan wajah yang penuh tanda tanya.

“Saya dah balik.....”. Ucap Kyungsoo.

“Kamu pergi ke mana Kyungsoo?”. Hyejin bertanya dengan nada yang kesal.

“Kamu buat hal lagi hari ini?”. Sambung Heyjin lagi dengan pertanyaan.

Kyungsoo agak kesal dengan ibunya. Hyejin tidak pernah memahami Kyungsoo dan selalu sahaja menyalahkan Kyungsoo atas apa yang terjadi pada diri Kyungsoo sendiri. Segala pertanyaan Hyejin tidak dijawab.

Keesokan harinya, perkara yang sama berlaku kepada Kyungsoo. Empat pelajar samseng mendekati Kyungsoo untuk meminta wang sakunya. Namun, nasib Kyungsoo pada hari itu agak baik kerana Ha Neul tiba tepat pada masanya. Wang saku Kyungsoo tidak sempat dirampas oleh pelajar samseng itu. Mereka terus beredar sebaik sahaja melihat Ha Neul.

“Jangan jadi begitu lemah”. Ha Neul mengeluarkan kata-katanya tanpa memikirkan perasaan Kyungsoo.

Kyungsoo, agak kecewa. Dia berdiam dan berlalu pergi meninggalkan Ha Neul.

“Yahh!! Kyungsoo-ah!!”

Pada waktu rehat, Ha Neul melihat Kyungsoo sedang duduk bersendiri.

“Nah, ambil ni...”. Ha Neul memberikan Kyungsoo satu tin minuman.

“Huhhh.......”. Ha Neul duduk bersebelahan Kyungsoo sambil mengeluh.

“Kau tahu kenapa aku begitu lemah?”. Kyungsoo tiba-tiba bersuara.
Suasana menjadi senyap seketika.

“Aku minta maaf. Aku tak bermaksud.....”.

“Aku tahu...”. Kyungsoo memotong kata-kata Ha Neul dan berhenti beberapa saat sebelum menyambung semula kata-katanya.

“Aku tak sepatutnya jadi begini, tapi aku ada sebab aku sendiri”.

Ha Neul menunjukkan reaksi yang agak terkejut sebelum dia meneruskan pertanyaannya.

“Sebab apa?”

“Sudah lama aku tidak dengar kata-kata dari ibuku ; Kyungsoo-ah, mari mak tengok luka kamu, Kyungsoo-ah, siapa yang buat kamu begini, Kyungsoo-ah, anak mak”. Mata Kyungsoo sudah mula berkaca-kaca saat mengucapkan kata-kata itu.

Ha Neul masih tekun mendengar sambil tertunduk.

“Ibu aku tidak pernah mengambil berat tentang diriku. Dia masih tetap menyalahkan aku yang menjadi punca kematian ayahku. Kerana itu, aku rela dibelasah setiap hari dan berharap ibu akan mendekatiku dan berkata seperti itu lagi”.

Ha Neul mengusap-usap belakang Kyungsoo yang sudah mula mengalirkan air mata.

“Aku tahu kau tidak selemah itu. Tapi jangan merelakan diri kau untuk terus ditindas oleh mereka”. Ha Neul mula menasihati Kyungsoo.

Petang itu, Kyungsoo juga mengikuti Ha Neul seperti biasa. Tetapi, kali ini Ha Neul membawanya ke tempat yang lain. Perjalanan mereka agak jauh dan mereka menaiki bas lebih kurang 45 minit perjalanan. Setelah itu, mereka akhirnya tiba di sebuah perkambungan Guangju. Itu adalah tempat dimana Ha Neul dibesarkan sebelum dia berpindah ke bandar Seoul.

“Inilah tempat aku....”. Penjelasan Ha Neul yang ringkas.

“Kenapa kita ke sini?”.

“Ikut saja aku...”.

Ha Neul kemudiannya membawa Kyungsoo ke tanah perkuburan. Ha Neul ke sana untuk melawat kubur ibunya. Setelah selesai melawat, Ha Neul mula menceritakan tentang dirinya kepada Kyungsoo.

“Sejak aku lahir, aku tidak pernah berjumpa dengan ibu aku”. Ha Neul memulakan ceritanya dengan nada yang tenang.

“Ibu aku meninggal sewaktu aku dilahirkan, ayahku pula menghilangkan diri selepas itu. Aku dibesarkan oleh seorang nenek yang bukan nenek kandungku”

Kyungsoo mula menghayati kisah hidup Ha Neul yang sebenarnya lagi pahit dari kisah hidupnya. Namun, Ha Neul masih tetap terus tersenyum melalui hari-harinya.

“.....‘Oh, Ha Neul~ anak mak~~’....kata-kata yang aku sendiri pun tidak pernah dengar”. Ucap Ha Neul sambil dia tertawa kecil.

Suasana menjadi senyap seketika.

“Eh...maaf, aku tak bermaksud untuk membuat hati kau terguris”. Ha Neul tiba-tiba tersedar akan kata-katanya.

“Tak apa....aku faham apa yang kau maksudkan. Aku memang tidak sepatutnya menyiksa diri aku seperti ini”.

“Jadi sekarang, kau harus faham apa itu erti hidup. Bukan semua yang indah perlu kita miliki. Kita juga perlu belajar menerima kepahitan yang datang”. Nasihat Ha Neul sangat mendalam.

“Aku sangat senang mengenali kau sekarang. Kau telah mengubah pemikiran karut aku selama ini. Aku terasa sangat tidak berguna”. Kyungsoo mengaku sangat kesal.

“Jadi, lepas ini, jadilah Kyungsoo yang berguna...haha”. Ha Neul mengakhiri kata-katanya dengan senyuman.

Mereka menikmati keindahan perkampungan Guangju yang sangat mendamaikan. Sebelum berangkat pulang, mereka singgah ke rumah anak-anak yatim yang juga terletak berdekatan dengan perkampungan itu. Itu adalah tempat dimana Ha Neul menghabiskan zaman kanak-kanaknya.

“Mari kita raikan persahabatan kita semua!!!!”. Ha Neul bersorak sambil diiringgi dengan anak-anak yatim yang menyambut riang kedatangan Ha Neul dan Kyungsoo.

Hari itu Kyungsoo mengambil keputusan untuk bermalam di rumah nenek Ha Neul memandangkan hari sudah menjelang senja dan esok pula adalah hari cuti persekolahan. Dia rasa, mungkin itu lebih baik agar dia dapat melupakan seketika tentang sikap ibunya.
Pagi keesokan harinya, Kyungsoo tiba di rumah. Sebaik sahaja Kyungsoo melangkah masuk ke dalam rumah, ibunya datang meluru ke arahnya.

“Kyungsoo, kamu pergi ke mana? Kenapa baru sekarang kamu balik? Kamu memang anak yang degil!! Selalu menyusahkan mak!!”. Hyejin memukul lengan dan bahu Kyungsoo berkali-kali dengan begitu kuat.

Kyungsoo hanya berdiri kaku memandang ibunya tanpa berkelip. Mata mereka saling berpandangan beberapa saat. Kyungsoo tidak faham apa yang ada di dalam fikiran ibunya.

Mata Hyejin kemudian berkaca seolah-olah banyak air mata yang  sedang bertakung di bawah kelopak matanya. Kyungsoo tidak tahu reaksi apa yang harus dia tunjukkan kerana dia makin tidak memahami keadaan apa yang sedang berlaku. Hyejin kemudian menyambung kata-katanya.

“Kyungsoo, kamu mahu tinggalkan mak seperti ayah kamu? Kamu mahu biarkan mak hidup sendiri lagi? Itu ke yang membuat kamu senang? Pergilah Kyungsoo, kalau itu yang kamu mahu, mungkin setelah kamu pergi, kamu tidak membuat hati mak risau lagi memikirkan kamu”.

Setelah menghabiskan kata-katanya, Hyejin melangkah pergi dengan wajah yang kesal. Kyungsoo sempat menarik tangan ibunya lalu dipeluk erat tubuh ibunya yang sudah sekian lama dia ingin berbuat sedemikian.

“Maafkan saya mak......maafkan saya”. Kata-kata maaf itu diiringgi dengan tangisan.

Hyejin terus menangis. Dia menganggukkan kepalanya sambil mengusap kepala Kyungsoo.

“Kamu satu-satunya yang mak ada dalam dunia ni. Tolonglah jaga diri kamu dengan baik Kyungsoo”.

Babak tangisan pada pagi itu berakhir dengan bahagia.

Hari cuti yang membosankan apabila duduk di rumah. Kyungsoo berasa sangat gembira kerana dia akhirnya faham apa yang kehidupan maksudkan kepada dirinya. Kyungsoo seharusnya bijak menilai sebelum membuat keputusan. Semua itu adalah nasihat yang Ha Neul pernah katakan kepadanya dan memang benar apa yang dikatakan Ha Neul.

Kyungsoo mencapai telefon bimbitnya untuk menghubunggi Ha Neul dan memberitahu apa yang telah berlaku kepadanya.

“Ha Neul, kamu di mana?”. Tanya Kyungsoo sebaik sahaja panggilannya dijawab.

“Ada hal....nanti aku call balik”. Jawab Ha Neul terburu-buru sebelum telefon dimatikan.
Kyungsoo membiarkannya dan hanya menunggu panggilan daripada Ha Neul. Beberapa minit kemudian, telefonnya berdering. Nama Ha Neul tertera pada screen.

“Ha Neul....”.

“Hahahahahhaha....Kyungsoo-ah. Budak lembab”. panggilan itu disambut dengan gelak tawa.

“Ha Neul?...”. Sekali lagi Kyungsoo bertanya dengan kebingungan.

“Ada kata-kata terakhir untuk kawan kau? Hahahha”

“Siapa kau? Apa yang kau buat pada Ha Neul?”. Nada suara Kyungsoo semakin cemas.

“Hahahaha.....jangan risau, aku boleh minta wang saku kau lagi selepas ini...nanti kita akan berjumpa lagi...jangan risau...hahahahaha”.

Ternyata pelajar-pelajar samseng di sekolahnya itu sangat berdendam kepada Ha Neul.

“Kyungsoo!!! Hentikan panggilan!!”. Kedengaran suara Ha Neul yang tersekat-sekat menjerit kepada Kyungsoo.

“Tolong jangan apa-apakan dia....tolong!!”. Kyungsoo mula merayu.

“Baiklah...ambil dia di belakang bangunan Hongjae. Kami tidak mahu tengok muka dia lagi”.

Tanpa berfikir panjang, Kyungsoo mencapai baju jeket dan mememakai kasutnya lalu bergegas pergi menuju ke bangunan Hongjae.

Tiba di bangunan Hongjae, Kyungsoo cemas mencari Ha Neul di sekitar bangunan lama itu.

“Ha Neul!!!.....Ha Neul!!!!”.

Beberapa minit mencari, akhirnya Kyungsoo menemui Ha Neul terbaring bersebelahan selonggok batu bata. Setelah mendapatkan Ha Neul, Kyungsoo cuba untuk memapahnya bangun. Ha Neul kelihatan sangat pucat dan begitu lemah. Berkali-kali badan Ha Neul digoncangkan untuk membuatnya sedar tetapi dia hanya mampu membuka matanya perlahan. Sehinggalah akhirnya Kyungsoo sedar akan kesan tikaman pada perut Ha Neul.

“Ha Neul!!!!...Bangun!! Jangan pejamkan mata, aku akan segera dapatkan bantuan”. Kyungsoo kelihatan sangat cemas dan kalut.

Belum sempat Kyungsoo pergi meminta bantuan, Ha Neul cepat menarik perlahan pergelanggan tangan Kyungsoo dan cuba untuk mengatakan sesuatu. Dengan pandangan yang agak lemah, Ha Neul tetap cuba sedaya upaya untuk membuka matanya walaupun ia berkelip perlahan.

“Kyungsoo, terima kasih......terima kasih menjadi kawan aku”. Nada suara Ha Neul mula tersekat-sekat.

“Tidak Ha Neul, kau akan selamat.....ada sesuatu yang aku mahu ceritakan pada kau...jangan pejamkan mata kau, aku akan pergi dapatkan bantuan”.

Sebaik sahaja Kyungsoo ingin bangun mendapatkan bantuan, Ha Neul sudah lemah tidak bermaya.

“Ha Neul....bangun!!!....Ha Neul!!!...”. Kyungsoo meraung memanggil nama Ha Neul yang sudah tidak bernadi.

Perlahan-lahan Kyungsoo meletakkan kepala Ha Neul di atas ribanya. Darah pada dahi Ha Neul dibersihkan dengan lengan bajunya. Sambil teresak-esak dengan tangisan, Kyungsoo masih ingin bercerita kepada Ha Neul apa yang terjadi pada dirinya.

“Kenapa hari ini Ha Neul?......Kenapa Ha Neul?.... Betul apa yang kau katakan pada aku sebelum ini. aku benar-benar silap menilai tentang ibu aku. Ha Neul, aku ingin memberitahu kau, hari ini aku memeluk ibuku dengan erat. Kau tahu, aku gembira sekali hari ini. Aku mahu membawa kau berjumpa dengannya agar aku dapat kongsi rasa gembira ini dengan kau. Kau pasti sangat merindukan pelukan seorang ibu. Aku tahu.....,Ha Neul, kamu masih mendengar aku kan, aku ingin sangat berterima kasih dengan kau. Aku sangat gembira dapat menolong kau menjual roti di station kereta api...aku ingin ke sana lagi melihat kau menjual dengan gembira”. Kata-kata kyungsoo terhenti seketika. Dia menarik nafas panjang dengan dada yang sangat sesak menahan sebak.

“Terima kasih Ha Neul...berehatlah dengan tenang”. Dengan tangisan yang masih tersisa, Kyungsoo memeluk erat sahabatnya yang terbaring kaku.
------
Beberapa bulan setelah kematian Ha Neul. Hidup Kyungsoo juga sudah mula berubah. Dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain dan menjaga ibunya dengan baik. Kyungsoo akan pergi menjual kuih dan roti di station kereta api Pyeongyang setiap petang dan jika dia ada kelapangan, dia akan pergi ke perkampungan Guangju untuk melawat anak-anak yatim di sana dan juga menziarahi kubur Ha Neul yang juga ditempatkan di situ.

- TAMAT -

Comments