FANFICTION : Yesterday He Dies
Yesterday He Dies
Story By: Nurliyana Zolkibli
“KYUNGSOO~~~”
Panggilan
itu tidak disahut. Kyungsoo berjalan terus menuju ke biliknya sambil menutup
mukanya yang mempunyai kesan luka dan berdarah. Hyejin mengeluh panjang melihat
anaknya. Setiap kali Kyungsoo pulang dari sekolah, pasti ada perkara buruk yang
akan berlaku kepadanya.
“Kyungsoo,
mari makan”. Hyejin memanggil anaknya yang masih
berkurung di dalam bilik.
Kyungsoo
masih di dalam biliknya dan tetap mendiamkan diri. Kyungsoo berbaring tegak di
atas katil sambil menutup mata dengan pergelangan tangannya. Luka pada bibirnya
masih belum dibersihkan.
“Kyungsoo,
kamu tidak boleh terus begini, kamu menyusahkan mak kamu tahu”. Keluh
Heyjin mengenangkan nasib anaknya.
Beberapa
minit kemudian, Kyungsoo akhirnya keluar dari bilik. Kesan darah pada mukanya
telah dicuci dan dia duduk bersama Hyejin di meja makan. Kyungsoo masih terdiam
saat Hyejin sedang memerhatikannya. Sudu demi sudu kuah disendukkan ke dalam
mangkuk nasi dan dengan perlahan Kyungsoo menyuapkan nasi ke dalam mulutnya
sambil menahan kesakitan.
“Kyungsoo-ah!!!....”.
Hyejin menepuk meja dengan kuat.
Kyungsoo
berhenti mengunyah.
“Aishh~
Kenapalah kamu selalu saja buat masalah?...sampai bila kamu nak terus begini!”.
Hyejin
mengucapkannya dengan nada suara yang agak tinggi.
Kyungsoo
masih terus berdiam dan beberapa saat selepas itu, dia meneguk segelas air lalu
beredar tanpa berkata apa-apa.
“Kyungsoo!!
Kamu dengar tak apa yang mak cakapkan? Kyungsoo!! Aishh~ budak degil!”.
Pertanyaan Hyejin dibiarkan begitu saja.
Keesokan
harinya, seperti biasa Kyungsoo pergi ke sekolah. Sekali lagi Kyungsoo
berhadapan dengan empat orang pelajar samseng yang selalu membulinya.
“Hey
Kyungsoo!! Berapa banyak duit yang kau bawa hari ini?”.
Kata-kata itu disambut dengan gelak tawa yang lain.
Kyungsoo,
mengeluarkan wang sakunya. Hanya 1,000 won yang tersisa di dalam poket
seluarnya.
“Ini
saja? Ini saja yang kau ada? Budak tak guna!”.
Salah seorang dari mereka menepuk kepala Kyungsoo dengan kuat.
Seorang
lagi dari mereka sedang mencuba untuk merampas beg sekolahnya sehingga
menyebabkan Kyungsoo terjatuh di atas jalan. Namun, selepas itu, satu suara
yang agak nyaring tiba-tiba diteriakkan kepada mereka.
“Hey!!!
Anak jalanan!!”. Seorang pelajar lelaki berpakaian seragam
sekolah yang sama seperti mereka, kelihatan segak, dengan tenang menuju ke arah
mereka.
Pelajar-pelajar
samseng itu berhenti memukul Kyungsoo. Mereka semua memerhatikan pelajar yang
menuju ke arah mereka itu. Apabila pelajar itu tiba di tempat mereka, dia
membantu Kyungsoo bangun sambil menggosok-gosokkan baju Kyungsoo yang berdebu.
“Hey!!
kau nak mati?”. Tanya salah seorang pelajar samseng
itu.
Pelajar
lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya malah dia terus membawa Kyungsoo pergi.
Tindakannya
itu menyebabkan salah seorang dari mereka berasa marah dan bertindak memukulnya.
Pergaduhan
pun mula berlaku. Tumbukan demi tumbukan, dan tendangan berbalas tendangan.
Ternyata pelajar lelaki itu adalah seorang yang mahir dalam seni mempertahankan
diri. Kyungsoo hanya berdiam diri, kaku melihat pergaduhan yang sedang berlaku.
Pelajar lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan kesemua pelajar samseng sehingga
mereka bergegas bangun melarikan diri.
“Haih....budak-budak
tak guna ni!!”. Pelajar lelaki itu mengeluh sambil
membersihkan debu-debu jalan yang melekat pada baju dan seluarnya.
Setelah
itu, dia terus beredar tanpa menghiraukan Kyungsoo yang dari tadi berdiri di
situ memerhatikannya.
“Tunggu!!”.
Kyungsoo memanggil pelajar lelaki itu.
Langkahnya
terhenti namun dia masih tidak berpaling melihat Kyungsoo.
“Kau
siapa?”. Kyungsoo menyambung pertanyaan.
Pelajar
itu datang menghampiri Kyungsoo sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Ha
Neul.....Kang Ha Neul....”. Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
“Kyungsoo....”.
Kyungsoo juga memperkenalkan dirinya.
“Ahh
aku dah lambat ke kelas. Jumpa lagi nanti”. Ha Neul
terburu-buru pergi.
Tiba
di kelas, Ha Neul masuk ke dalam kelas dengan wajah yang bersahaja seperti
tidak ada apa yang berlaku. Ha Neul merupakan pelajar pertukaran yang baru
memulakan sesi pembelajarannya pada hari itu. Ha Neul terus sahaja duduk di
meja yang kosong. Dia sedar seperti ramai mata yang sedang memerhatikannya
namun dia tidak hiraukan kerana itu perkara biasa. Beberapa minit kemudian,
Kyungsoo masuk ke dalam kelas. Dia duduk di tempat duduknya, iaitu bersebelahan
Ha Neul.
“Kamu....”.
Ha Neul tercengang melihat Kyungsoo di sebelahnya.
Kyungsoo
hanya mengangukkan kepalanya sekali. Belum sempat Ha Neul ingin bertanya kepada
Kyungsoo, tiba-tiba, sekumpulan pelajar samseng yang dibelasahnya pagi tadi
juga masuk ke dalam kelas yang sama. Dengan pandangan yang tajam, mereka
memerhatikan Ha Neul sambil menunjukkan signal ugutan.
“Hey,
Kyungsoo....selepas kelas kau pergi ke mana?”.
Tanya Ha Neul kepada Kyungsoo.
“Balik
ke rumah....”. Jawab Kyungsoo ringkas.
“Selepas
itu?....”. Tanya Ha Neul lagi.
“Hanya
di rumah”. Sekali lagi Kyungsoo menjawabnya dengan
ringkas .
“Huh...Kenapa
sangat membosankan?”. Keluh Ha Neul
Kyungsoo
tersenyum tawar.
“Mari
ikut aku. Kita ke station kereta api Pyeongyang”.
Ha Neul menepuk bahu Kyungsoo dan mengajaknya seolah-olah mereka sudah lama
akrab.
“Buat
apa pergi ke sana?”. Tanya Kyungsoo kebingunggan.
“Ok!!
Kau ikut aku....deal!”. Ha Neul serta merta membuat
keputusan.
Walaupun
baru sahaja mengenali Ha Neul, Kyungsoo sudah meletakkan kepercayaan kepadanya.
Sesi
pembelajaran hari itu tamat. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari pintu pagar
sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, empat orang pelajar
samseng akan menunggu Kyungsoo di pintu pagar sekolah. Kebiasaannya, mereka
akan membawa Kyungsoo pergi dan menjadikannya sebagai orang suruhan mereka
sepanjang perjalanan pulang ke sekolah. Jika Kyungsoo enggan melakukan apa yang
mereka suruh, maka, Kyungsoo akan dibelasah teruk. Begitulah apa yang berlaku
kepada Kyungsoo setiap hari.
Ha
Neul dan Kyungsoo berjalan seiring melewati pintu pagar sekolah. Empat pelajar
samseng itu tidak bertindak memanggil Kyungsoo apabila dia melihat Ha Neul
bersamanya. Mereka hanya memerhati dengan penuh kemarahan.
Tiba
di station kereta api Pyeongyang, Ha Neul membawa Kyungsoo ke sebuah kedai
roti. Ha Neul kelihatan mesra dengan pemilik kedai itu.
“Kita
simpan beg sekolah di sini”. Ha Neul serta merta
memberi arahan kepada Kyungsoo.
Sesudah
itu, Ha Neul menghulurkan kepada Kyungsoo kotak yang berisi roti dan berbagai lagi
kuih di dalamnya.
“Ini
untuk apa?”. Tanya Kyungsoo.
“Ayuhh...Mari
kita menjual roti!!”. Ha Neul menjawabnya dengan penuh riang
dan bersemangat.
Mereka
pun membawa kotak sambil berjalan di sekitar station kereta api Pyeongyang.
Mereka menjual roti dan kuih-kuih itu kepada penumpang-penumpang kereta api
yang sedang menunggu kereta api. Ada juga penumpang yang baru sahaja turun dari
kereta api lalu menuju ke arah mereka untuk membeli roti.
“Roti......roti.......roti
kacang merah.....roti kelapa....roti sosej....”. Ha
Neul menjualnya dengan begitu mesra.
Ini
adalah buat kali pertama Kyungsoo dapat tersenyum selepas pulang dari sekolah.
Keputusannya mengikuti Ha Neul membuatkan dia berjaya mengelakkan diri daripada
dibuli oleh pelajar-pelajar samseng di sekolahnya selepas pulang dari sekolah.
“Ha
Neul, terima kasih....”. Sepatah kata yang tak mampu
dijelaskan itu keluar dari mulut Kyungsoo.
Ha
Neul hanya tersenyum seolah memahami.
Selesai
menjual kesemua roti, mereka menyerahkan kotak dan wang jualan kepada pemilik
kedai itu.
“Terima
kasih kerana membantu pakcik....”. Ucap pemilik kedai
roti yang berusia lingkungan 50-an.
“Sama-sama
pakcik”. Jawab Ha Neul dengan senyuman.
“Ini
upah buat kamu berdua”. Wang sejumlah 40,000 won dihulurkan
kepada mereka berdua.
Selesai
mengucapakan terima kasih dan membantu pakcik itu mengemaskan barangnya, mereka
berdua pun beredar dari situ.
Dalam
perjalanan pulang, Ha Neul menghulurkan duit bahagian hasil jualannya tadi
kepada Kyungsoo.
“Nah
budak, ambil lah..”
“Eh!
Kenapa?”. Kyungsoo kehairanan.
“Ambil
lah, aku tak perlukannya. Esok ikut aku lagi. Aku akan tunjuk banyak lagi
perkara yang menyeronokkan”.
Tiba
di rumah, Hyejin menunggu Kyungsoo dengan wajah yang penuh tanda tanya.
“Saya dah balik.....”. Ucap
Kyungsoo.
“Kamu
pergi ke mana Kyungsoo?”. Hyejin bertanya dengan nada yang
kesal.
“Kamu
buat hal lagi hari ini?”. Sambung Heyjin lagi dengan pertanyaan.
Kyungsoo
agak kesal dengan ibunya. Hyejin tidak pernah memahami Kyungsoo dan selalu
sahaja menyalahkan Kyungsoo atas apa yang terjadi pada diri Kyungsoo sendiri.
Segala pertanyaan Hyejin tidak dijawab.
Keesokan
harinya, perkara yang sama berlaku kepada Kyungsoo. Empat pelajar samseng
mendekati Kyungsoo untuk meminta wang sakunya. Namun, nasib Kyungsoo pada hari
itu agak baik kerana Ha Neul tiba tepat pada masanya. Wang saku Kyungsoo tidak
sempat dirampas oleh pelajar samseng itu. Mereka terus beredar sebaik sahaja
melihat Ha Neul.
“Jangan
jadi begitu lemah”. Ha Neul mengeluarkan kata-katanya tanpa
memikirkan perasaan Kyungsoo.
Kyungsoo,
agak kecewa. Dia berdiam dan berlalu pergi meninggalkan Ha Neul.
“Yahh!!
Kyungsoo-ah!!”
Pada
waktu rehat, Ha Neul melihat Kyungsoo sedang duduk bersendiri.
“Nah,
ambil ni...”. Ha Neul memberikan Kyungsoo satu tin
minuman.
“Huhhh.......”.
Ha Neul duduk bersebelahan Kyungsoo sambil mengeluh.
“Kau
tahu kenapa aku begitu lemah?”. Kyungsoo tiba-tiba
bersuara.
Suasana
menjadi senyap seketika.
“Aku
minta maaf. Aku tak bermaksud.....”.
“Aku
tahu...”. Kyungsoo memotong kata-kata Ha Neul dan berhenti
beberapa saat sebelum menyambung semula kata-katanya.
“Aku
tak sepatutnya jadi begini, tapi aku ada sebab aku sendiri”.
Ha
Neul menunjukkan reaksi yang agak terkejut sebelum dia meneruskan pertanyaannya.
“Sebab
apa?”
“Sudah
lama aku tidak dengar kata-kata dari ibuku ; Kyungsoo-ah, mari mak tengok luka
kamu, Kyungsoo-ah, siapa yang buat kamu begini, Kyungsoo-ah, anak mak”.
Mata Kyungsoo sudah mula berkaca-kaca saat mengucapkan kata-kata itu.
Ha
Neul masih tekun mendengar sambil tertunduk.
“Ibu
aku tidak pernah mengambil berat tentang diriku. Dia masih tetap menyalahkan
aku yang menjadi punca kematian ayahku. Kerana itu, aku rela dibelasah setiap
hari dan berharap ibu akan mendekatiku dan berkata seperti itu lagi”.
Ha
Neul mengusap-usap belakang Kyungsoo yang sudah mula mengalirkan air mata.
“Aku
tahu kau tidak selemah itu. Tapi jangan merelakan diri kau untuk terus ditindas
oleh mereka”. Ha Neul mula menasihati Kyungsoo.
Petang
itu, Kyungsoo juga mengikuti Ha Neul seperti biasa. Tetapi, kali ini Ha Neul
membawanya ke tempat yang lain. Perjalanan mereka agak jauh dan mereka menaiki
bas lebih kurang 45 minit perjalanan. Setelah itu, mereka akhirnya tiba di sebuah
perkambungan Guangju. Itu adalah tempat dimana Ha Neul dibesarkan sebelum dia
berpindah ke bandar Seoul.
“Inilah
tempat aku....”. Penjelasan Ha Neul yang ringkas.
“Kenapa
kita ke sini?”.
“Ikut
saja aku...”.
Ha
Neul kemudiannya membawa Kyungsoo ke tanah perkuburan. Ha Neul ke sana untuk
melawat kubur ibunya. Setelah selesai melawat, Ha Neul mula menceritakan
tentang dirinya kepada Kyungsoo.
“Sejak
aku lahir, aku tidak pernah berjumpa dengan ibu aku”.
Ha Neul memulakan ceritanya dengan nada yang tenang.
“Ibu
aku meninggal sewaktu aku dilahirkan, ayahku pula menghilangkan diri selepas
itu. Aku dibesarkan oleh seorang nenek yang bukan nenek kandungku”
Kyungsoo
mula menghayati kisah hidup Ha Neul yang sebenarnya lagi pahit dari kisah
hidupnya. Namun, Ha Neul masih tetap terus tersenyum melalui hari-harinya.
“.....‘Oh,
Ha Neul~ anak mak~~’....kata-kata yang aku sendiri pun tidak pernah dengar”.
Ucap Ha Neul sambil dia tertawa kecil.
Suasana
menjadi senyap seketika.
“Eh...maaf,
aku tak bermaksud untuk membuat hati kau terguris”. Ha
Neul tiba-tiba tersedar akan kata-katanya.
“Tak
apa....aku faham apa yang kau maksudkan. Aku memang tidak sepatutnya menyiksa
diri aku seperti ini”.
“Jadi
sekarang, kau harus faham apa itu erti hidup. Bukan semua yang indah perlu kita
miliki. Kita juga perlu belajar menerima kepahitan yang datang”.
Nasihat Ha Neul sangat mendalam.
“Aku
sangat senang mengenali kau sekarang. Kau telah mengubah pemikiran karut aku
selama ini. Aku terasa sangat tidak berguna”. Kyungsoo
mengaku sangat kesal.
“Jadi,
lepas ini, jadilah Kyungsoo yang berguna...haha”.
Ha Neul mengakhiri kata-katanya dengan senyuman.
Mereka
menikmati keindahan perkampungan Guangju yang sangat mendamaikan. Sebelum
berangkat pulang, mereka singgah ke rumah anak-anak yatim yang juga terletak
berdekatan dengan perkampungan itu. Itu adalah tempat dimana Ha Neul
menghabiskan zaman kanak-kanaknya.
“Mari
kita raikan persahabatan kita semua!!!!”. Ha Neul bersorak
sambil diiringgi dengan anak-anak yatim yang menyambut riang kedatangan Ha Neul
dan Kyungsoo.
Hari
itu Kyungsoo mengambil keputusan untuk bermalam di rumah nenek Ha Neul
memandangkan hari sudah menjelang senja dan esok pula adalah hari cuti persekolahan.
Dia rasa, mungkin itu lebih baik agar dia dapat melupakan seketika tentang
sikap ibunya.
Pagi
keesokan harinya, Kyungsoo tiba di rumah. Sebaik sahaja Kyungsoo melangkah
masuk ke dalam rumah, ibunya datang meluru ke arahnya.
“Kyungsoo,
kamu pergi ke mana? Kenapa baru sekarang kamu balik? Kamu memang anak yang
degil!! Selalu menyusahkan mak!!”. Hyejin memukul lengan
dan bahu Kyungsoo berkali-kali dengan begitu kuat.
Kyungsoo
hanya berdiri kaku memandang ibunya tanpa berkelip. Mata mereka saling
berpandangan beberapa saat. Kyungsoo tidak faham apa yang ada di dalam fikiran
ibunya.
Mata
Hyejin kemudian berkaca seolah-olah banyak air mata yang sedang bertakung di bawah kelopak matanya.
Kyungsoo tidak tahu reaksi apa yang harus dia tunjukkan kerana dia makin tidak
memahami keadaan apa yang sedang berlaku. Hyejin kemudian menyambung
kata-katanya.
“Kyungsoo,
kamu mahu tinggalkan mak seperti ayah kamu? Kamu mahu biarkan mak hidup sendiri
lagi? Itu ke yang membuat kamu senang? Pergilah Kyungsoo, kalau itu yang kamu
mahu, mungkin setelah kamu pergi, kamu tidak membuat hati mak risau lagi
memikirkan kamu”.
Setelah
menghabiskan kata-katanya, Hyejin melangkah pergi dengan wajah yang kesal.
Kyungsoo sempat menarik tangan ibunya lalu dipeluk erat tubuh ibunya yang sudah
sekian lama dia ingin berbuat sedemikian.
“Maafkan
saya mak......maafkan saya”. Kata-kata maaf itu
diiringgi dengan tangisan.
Hyejin
terus menangis. Dia menganggukkan kepalanya sambil mengusap kepala Kyungsoo.
“Kamu
satu-satunya yang mak ada dalam dunia ni. Tolonglah jaga diri kamu dengan baik
Kyungsoo”.
Babak
tangisan pada pagi itu berakhir dengan bahagia.
Hari
cuti yang membosankan apabila duduk di rumah. Kyungsoo berasa sangat gembira
kerana dia akhirnya faham apa yang kehidupan maksudkan kepada dirinya. Kyungsoo
seharusnya bijak menilai sebelum membuat keputusan. Semua itu adalah nasihat
yang Ha Neul pernah katakan kepadanya dan memang benar apa yang dikatakan Ha
Neul.
Kyungsoo
mencapai telefon bimbitnya untuk menghubunggi Ha Neul dan memberitahu apa yang
telah berlaku kepadanya.
“Ha
Neul, kamu di mana?”. Tanya Kyungsoo sebaik sahaja
panggilannya dijawab.
“Ada
hal....nanti aku call balik”. Jawab Ha Neul
terburu-buru sebelum telefon dimatikan.
Kyungsoo
membiarkannya dan hanya menunggu panggilan daripada Ha Neul. Beberapa minit
kemudian, telefonnya berdering. Nama Ha Neul tertera pada screen.
“Ha
Neul....”.
“Hahahahahhaha....Kyungsoo-ah.
Budak lembab”. panggilan itu disambut dengan gelak
tawa.
“Ha
Neul?...”. Sekali lagi Kyungsoo bertanya dengan kebingungan.
“Ada
kata-kata terakhir untuk kawan kau? Hahahha”
“Siapa
kau? Apa yang kau buat pada Ha Neul?”. Nada suara Kyungsoo
semakin cemas.
“Hahahaha.....jangan
risau, aku boleh minta wang saku kau lagi selepas ini...nanti kita akan berjumpa
lagi...jangan risau...hahahahaha”.
Ternyata
pelajar-pelajar samseng di sekolahnya itu sangat berdendam kepada Ha Neul.
“Kyungsoo!!!
Hentikan panggilan!!”. Kedengaran suara Ha Neul yang
tersekat-sekat menjerit kepada Kyungsoo.
“Tolong
jangan apa-apakan dia....tolong!!”. Kyungsoo mula merayu.
“Baiklah...ambil
dia di belakang bangunan Hongjae. Kami tidak mahu tengok muka dia lagi”.
Tanpa
berfikir panjang, Kyungsoo mencapai baju jeket dan mememakai kasutnya lalu
bergegas pergi menuju ke bangunan Hongjae.
Tiba
di bangunan Hongjae, Kyungsoo cemas mencari Ha Neul di sekitar bangunan lama
itu.
“Ha
Neul!!!.....Ha Neul!!!!”.
Beberapa
minit mencari, akhirnya Kyungsoo menemui Ha Neul terbaring bersebelahan
selonggok batu bata. Setelah mendapatkan Ha Neul, Kyungsoo cuba untuk
memapahnya bangun. Ha Neul kelihatan sangat pucat dan begitu lemah.
Berkali-kali badan Ha Neul digoncangkan untuk membuatnya sedar tetapi dia hanya
mampu membuka matanya perlahan. Sehinggalah akhirnya Kyungsoo sedar akan kesan
tikaman pada perut Ha Neul.
“Ha
Neul!!!!...Bangun!! Jangan pejamkan mata, aku akan segera dapatkan bantuan”.
Kyungsoo kelihatan sangat cemas dan kalut.
Belum
sempat Kyungsoo pergi meminta bantuan, Ha Neul cepat menarik perlahan pergelanggan
tangan Kyungsoo dan cuba untuk mengatakan sesuatu. Dengan pandangan yang agak
lemah, Ha Neul tetap cuba sedaya upaya untuk membuka matanya walaupun ia
berkelip perlahan.
“Kyungsoo,
terima kasih......terima kasih menjadi kawan aku”. Nada
suara Ha Neul mula tersekat-sekat.
“Tidak
Ha Neul, kau akan selamat.....ada sesuatu yang aku mahu ceritakan pada
kau...jangan pejamkan mata kau, aku akan pergi dapatkan bantuan”.
Sebaik
sahaja Kyungsoo ingin bangun mendapatkan bantuan, Ha Neul sudah lemah tidak
bermaya.
“Ha
Neul....bangun!!!....Ha Neul!!!...”. Kyungsoo meraung
memanggil nama Ha Neul yang sudah tidak bernadi.
Perlahan-lahan
Kyungsoo meletakkan kepala Ha Neul di atas ribanya. Darah pada dahi Ha Neul
dibersihkan dengan lengan bajunya. Sambil teresak-esak dengan tangisan,
Kyungsoo masih ingin bercerita kepada Ha Neul apa yang terjadi pada dirinya.
“Kenapa
hari ini Ha Neul?......Kenapa Ha Neul?.... Betul apa yang kau katakan pada aku
sebelum ini. aku benar-benar silap menilai tentang ibu aku. Ha Neul, aku ingin
memberitahu kau, hari ini aku memeluk ibuku dengan erat. Kau tahu, aku gembira
sekali hari ini. Aku mahu membawa kau berjumpa dengannya agar aku dapat kongsi
rasa gembira ini dengan kau. Kau pasti sangat merindukan pelukan seorang ibu.
Aku tahu.....,Ha Neul, kamu masih mendengar aku kan, aku ingin sangat berterima
kasih dengan kau. Aku sangat gembira dapat menolong kau menjual roti di station
kereta api...aku ingin ke sana lagi melihat kau menjual dengan gembira”. Kata-kata
kyungsoo terhenti seketika. Dia menarik nafas panjang dengan dada yang sangat
sesak menahan sebak.
“Terima kasih Ha Neul...berehatlah dengan
tenang”. Dengan tangisan yang masih tersisa, Kyungsoo memeluk
erat sahabatnya yang terbaring kaku.
------
Beberapa
bulan setelah kematian Ha Neul. Hidup Kyungsoo juga sudah mula berubah. Dia
mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain dan menjaga ibunya dengan
baik. Kyungsoo akan pergi menjual kuih dan roti di station kereta api
Pyeongyang setiap petang dan jika dia ada kelapangan, dia akan pergi ke perkampungan
Guangju untuk melawat anak-anak yatim di sana dan juga menziarahi kubur Ha Neul
yang juga ditempatkan di situ.
-
TAMAT -
Comments
Post a Comment