CERPEN : Aku Hanya Pengembala
Aku Hanya Pengembala
Story By: Nurliyana Zolkibli
Story By: Nurliyana Zolkibli
Aku tahu la aku ni
bukan orang kaya kalau nak dibandingkan dengan dia. Anak ketua kampung, kereta
pun beli sendiri, rumah pun serupa istana, semua jenis akaun bank pun dia ada. Aku
ada juga semua akaun bank cuma isinya je yang kadang ada kadang tak ada. Kalau
nak cerita pasal pendidikan, SPM je yang aku ada. Memang jauh nak dibandingkan
dengan dia yang lepasan diploma. Siapa la aku ni kalau nak dibandingkan dengan
dia. Aku malu sebenarnya nak berhadapan dengan dia.
“Eh, bro…termenung
jauh nampak. Hang fikir apa? nampak tekun sangat ni”. Seorang sahabat menyapa
aku dari belakang.
“Haha Wan, tak ada
apa la Wan. Aku fikir tentang kehidupan aku”.
“Apa cerita?”. Wan ni
memang banyak tanya.
“Wan, aku ingat nak
buat bisnes la”.
“Bisnes pa dia?”,
“Jual kambing…”
“Hang ada modal ka?.
“Ada tu ada, tapi tak
banyak. Tapi cukup lah kalau nak beli 5 ekor kambing sebagai permulaan”.
“Bagus jugak Idea
hang tu. Kalau sungguh la hang nak niaga, aku buleh tolong”.
“Tapi aku kena
rancang dulu benda ni elok-elok, takut tak jadi apa nanti”
“Ha’ah…betui tu”
//Azan asar
berkumandang//
Semua Jemaah di dalam
masjid itu bersiap sedia untuk menunaikan solat asar berjemaah termasuk aku dan
Wan.
-
-
Selesai solat asar
berjemaah, aku mencari-cari Wan tapi batang hidung Wan pun aku tak tahu dah ke
mana. Laju betul mamat tu menghilang. Biasa la orang berkerjaya ni, kerja pun
kat kota, jarang dapat balik kampung. Wan dan aku sejak kecil membesar bersama.
Panjat pokok rambutan, terjun mandi sungai, rembat ayam pak mail, main lompat
tikam, dan macam-macam la kerja gila zaman dulu kala. Dulu aku dengan Wan ni memang
macam belangkas. Tapi bila usia makin meningkat, masing-masing mula sibuk.
Nasib Wan beruntung berbanding aku, lepas sahaja tamat SPM dia ikut abangnya ke
kota dan peluang dia mencari kerja di sana memang terbuka luas.
“Hafiz!”. Baru sahaja
kaki ingin melangkah menuju ke pintu agar surau, tiba-tiba namaku diseru.
Haaa…tok imam
rupanya. Kenapa dia panggil aku? aku ada terambil serban dia ke?
Hafiz memegang kepala
untuk memastikan yang dia betul-betul memakai kopiah dan bukan serban
“Eh, tok
imam…kenapa?”
“Mai sini sat Hafiz”.
Rasa berdebar pulak
bila tok imam panggil ni, rasa macam nak kena akad nikah. Haha nak tak nak, aku
terus berpatah balik ke surau.
“Ye tok…ada hajat apa?”.
Aku menyusun ayat dengan baik.
“Kita duduk sini sat.
Kamu ada hal ke lepas ni?”.
Tok imam ajak aku
duduk kat tepi pintu sebelah tangga.
Dalam hati aku cakap,
orang tua-tua dulu kata kalau anak dara tak baik duduk kat tepi tangga, nanti
tak laku kahwin. Nasib la aku ni anak teruna ye tok imam.
“Saya tak ada urusan
apa-apa lepas ni. Paling-paling pun saya balik rumah dan
pergi tengok-tengok
kebun”.
“Oh, sekeja je tok
nak caka ni. Macam ni Hafiz, tok dengar kamu nak niaga jual kambing kan?”
Eh, dari mana tok
imam tahu aku nak bisnes ni?. Ni tak ada kerja lain la ni, mesti dari mulut
Wan. Laju betul berita sampai.
“Ye tok…saya baru je
cadang nak buat. Mula pun belum lagi”
“Bagus la, sebanarnya
kebetulan, tok ingat nak jual kambing tok ni. Tok ingat nak berhenti la berniaga
sebab tak ada orang yang nak tolong jaga kambing tu semua. Anak-anak tok pun
semua dah kerja kat kota. Tok nak urus sendiri pun dah tak larat”
“Tapi tok,
kambing-kambing tok tu banyak. Modal saya sikit je ni”
“Tak apa Hafiz, buat
permulaan ni, kamu beli beberapa ekor dulu, yang lain tu kamu tolong jagakan
untuk tok. Tok akan bagi upah, nanti kalau modal kamu dah banyak, kamu boleh
beli semua kambing tok”
Ehmm…aku fikir, betul
jugak kata tok imam ni. Allah dah bagi aku jalan. Mungkin ini petunjuk dari
Allah atas niat aku tadi.
“Armmm, baik la tok,
saya setuju…Insha’Allah saya akan jaga amanah ni sebaik mungkin”
“Bagus la kalau macam
tu, kamu rancang dulu sebaik mungkin. Insha’Allah semoga Allah permudahkan
segala urusan kamu”
“Terima kasih tok
imam, kalau macam tu saya balik dulu. Nanti saya jumpa tok lagi untuk mula urus
niaga”
-
-
Aku balik dengan hati
yang senang, riang dan girang. Langkah kakiku seakan berirama seperti tarian si
bujang lapok. Namun langkahku itu tiba-tiba menjadi perlahan sebaik sahaja
melihat sebuah kereta Myvi biru di hadapan menuju ke arahku. Satu-satunya Myvi
biru di dalam kampung ini adalah milik Aisyah.
Adoiiiii, dalam
perjalanan balik pulak aku terjumpa Aisyah. Macam mana ni, nak
patah balik ke
surau ke atau nak teruskan perjalanan. Ya Allah, kuatkan lah hati aku ya Allah.
Harap-harap Aisyah tak perasan aku lalu kat sini. Hati mula berdebar bila
kereta semakin hampir. Rasa macam nak cabut jantung ni bila getarannya sangat
membunuh.
Hafiz menundukkan
pandangannya dan menganggap seolah-olah dia tidak melihat kelibat kereta
Aisyah.
“Fuhh...lepas jugak,
harap-harap dia tak perasan aku lalu tadi”
-
-
Sebaik tiba di rumah,
aku terus mencari adik aku. Dia lah satu-satunya adik aku yang setia temankan
aku menjenguk kebun arwah abah.
“Haziq….Haziq…”
Adik aku ni baru
darjah 2 tapi dah ramai peminat. Peminatnya bukan yang sebaya dengan dia, tapi
yang seangkatan umur dengan mak aku. katanya molek dijadikan menantu.
Maklumlah, segak macam aku…eheh
“Abang, nak ajak ke
kebun ke?”. Si tubuh kecil itu berlari ke arahku sambil memegang cekodok pisang
yang sudah digigitnya.
“Ha’ah, jom…kita cari
jantung pisang sekali, esok boleh suruh mak masak lemak jantung pisang”
“Cantek…hoohoo”
Hafiz menghidupkan
enjin motornya sementara menunggu adiknya mencari seliparnya yang terlempar di
bawah rak kasut
“Dah jumpa ke
seliparnya?”
“Daaahhh”. Sambil berlari
ke arah Hafiz.
“Bang, nak duduk
depan bang”.
“Eheh budak ni, dah
tahun dua dek, bukan dua tahun. Kalau duduk depan kang parang ni abang nak
letak mana?”. Sambil menunjukkan parang yang diletakkan di bakul motor.
Haziq muncung sedepa.
Dia terus memanjat atas motor dan duduk di belakang. Motor dibawa dengan kelajuan yang
sederhana untuk menikmati pemandangan di sekitar kampung. Haziq memeluk belakang
abangnya dengan kuat sambil jari-jari kakinya mencengkam selipar yang
dipakainya kerana ianya agak besar dari saiz kakinya dan kemungkinan boleh
tercicir jatuh.
-
-
Sampai sahaja di
kebun arwah abah. Hafiz berjalan di hadapan manakala Haziq terus mengekorinya
dari belakang
“Hati-hati ziq…”
“yerr…”
Tiba di bahagian
tanaman sayur kacang panjang, Hafiz mengeluarkan plastik dari poket seluarnya
dan memasukkan kacang panjang yang sudah betul-betul masak.
“Abang tengok ni….”.
Haziq berdiri di kawasan tanaman terung dan cili.
Hafiz berhenti
memetik kacang panjang dan terus beralih ke tempat adiknya.
“Astaghfirullahaladzim”.
Hafiz terkejut melihat semua tanaman terung dan cili di situ musnah walaupun
terdapat terung dan cili yang sudah elok untuk dimakan.
“Abang! ni mesti
kerja orang yang dengki dengan kita”
“Tah la ziq, kita pun
tak boleh nak tuduh sesiapa. Anggap je la semua ni angkara haiwan”
“Tapi kita kan dah
pasang pagar, haiwan mana boleh masuk”
“Tak apa la ziq, ini
ujian Allah buat kita. Dah…dah…tolong abang kemas semua ni.
Esok abang pergi
pekan cari biji benih yang baru”
Aku tak ada la nak
tuduh sesiapa. Walau siapa pun yang buat, ini dah memang ujian untuk aku.
Semoga Allah datangkan yang lebih baik suatu hari nanti
-
-
Hari semakin senja,
akhirnya siap jugak aku buat kerja kat kebun dan dapat juga aku bawa balik
seberapa banyak sayur yang sudah masak dan boleh dijual. Tambah lagi, aku dapat
jantung pisang yang diidam-idamkan, esok boleh la suruh mak aku masak lemak
berlada.
“Haziq, jangan cerita
dengan mak tau pasal kebun tadi”
“Kenapa?”
“Diam-diam je
la….nanti darah tinggi mak naik”. Aku berbisik perlahan pada Haziq.
“Ok..boss!”
“Dah, pergi mandi. Nak
ikut abang pi surau tak?”
“Nak….”
-
-
Keesokan paginya aku
ke pasar untuk mencari biji benih sayur dan menghantar sayur untuk dijual. Masa
aku nak beli biji benih kat kedai nyonya yang aku biasa beli tu, aku ambil la
biji benih terung dengan cili. Bila aku nak bayar, nyonya tu bagi free je kat
aku.
“Eh nyonya, mana
boleh. Nanti kamu tidak untung ma”
“Saya suda banyak
untung, kamu kan suda biasa beli sama saya. Tidak apa tidak apa”
“Betul ni nyonya?”
“Betul-betul…kamu
boleh angkat saja itu, tak payah bayar”
“angkat? macam ni?.
tak boleh bawa balik ke? Hehe”. Aku angkat plastik biji benih tu ke atas, haha
saje je aku nak buat gurau dengan bahasa melayu nyonya ni.
“kamu ni lagi mau
main-main sama saya…haha ambil saja la, bawa pulang”
“ok ya nyonya…terima
kasih banyak-banyak”
Aku pun balik rumah.
Duit jualan sayur pun aku dah dapat, biji benih pun aku dapat free.
Alhamdulillah, rezeki untuk aku hari ni. Eh. Baru aku teringat, tentang projek
mengembala kambing aku tu. Petang ni la aku jumpa tok imam.
-
-
Petang selepas asar,
seperti biasa Hafiz rajin solat di surau. Waktu tu juga kesempatan Hafiz untuk
berjumpa dengan tok imam
“Tok imam,
Assalammualaikum”
“Eh,
waalaikummussalam Hafiz”
“Tok imam sihat?”
“Dah kamu nampak tok
kat sini…ye sihat la. Kamu ni Hafiz”
“Hehe…takde la, saja
tanya. Haa macam ni tok imam….”
“Apa? kamu nak kawin
ke?”
“Eheh tok imam ni,
haha bukan macam tu tok…haritu kan kita ada cerita pasal kambing tok imam. Saya
dah sedia nak uruskan tu”
“Haha, tok tahu, saja
nak berseloroh dengan kamu. Hah,
kalau macam tu, mari ikut tok tengok kandang kambing tu”
“Oh, baiklah…”
Aku pun ikut la tok
imam ni. Aku ingat tok imam ni jalan kaki je ke surau. Rupanya-rupanya dia naik
motor. Bukan calang-calang ni, motor RAZ belakang surau tu rupanya tok imam
punya. Tak sangka betul aku.
“Hah, kamu nak ikut
ke tak ni? Ke kamu nak jalan kaki? Rumah tok tu bukan dekat macam almari dan
katil kat bilik kamu”
Aku tercegat lama
sebelah motor tu. Tok imam pula dah mula start
enjin. Nak tak nak, aku kena naik jugak sebab rumah tok imam agak jauh dan memang wajar la dia naik motor kuasa tinggi
supaya sempat sampai surau tepat pada waktunya untuk mengimamkan jemaah. Aku
peluk belakang tok imam tu kuat-kuat. Laju memang laju, memang brutal la tok imam ni.
Akhirnya sampai juga
kat rumah tok imam. Aku memang dah lama tak pergi rumah tok imam. Bila tengok
rumah dia memang nampak sangat air muka jakun terpancar kat muka aku. Memang cantik
walaupun tak besar mana, macam ada nur kat situ.
“Hafiz, ikut
tok..sini…”
Aku pun ikut tok imam
pergi satu kawasan yang agak tidak jauh dari rumahnya. Kat sini rupanya kandang
kambing tok imam. Kambingnya pun tak la banyak sangat. Ada dalam belas-belas
ekor je. Mampu agaknya kalau aku nak urus sendiri.
“Hah, ni la dia
kandang kambing tok. Tak lah besar seperti yang kamu bayangkan”
“Kira ok la ni tok,
sihat-sihat lagi kambingnya”
“Jadi macam mana kamu
punya perancangan?”
“Saya dapat beli 4
ekor kambing tok je. Dan yang lain saya ambil upah untuk jaga”
“Ok, baik la kalau
macam tu…nanti kamu buat la satu lagi kandang kambing kat sebelah sana. Kosong
je tanah tu. Kamu tempatkan lah 4 ekor kambing kamu tu buat sementara”
“Eh, tak apa ke tok?”
“Tak apa. nanti
senang sikit kamu nak jaga”
“Baiklah tok, terima kasih
banyak-banyak”
“Sama-sama. Tok nak
terima kasih juga kat kamu sudi tolong jagakan kambing tok ni…esok kamu boleh
mula kerja?”
“Insya’allah, boleh
tok…”
“Bagus la kalau macam
tu. Duit kambing yang kamu beli tu, masukkan je ke akaun tok. Nanti tok bagi
nombor akaun”
-
-
Selesai pun segala
urusan aku untuk hari ini. Esok awal-awal pagi lagi aku akan ke kebun untuk
tanam benih sayur baru, selepas itu baru aku akan ke kandang kambing untuk
uruskan kambing tok. Fuh, busy betul
dah aku sekarang. Tapi mak aku selalu pesan ‘tak apa fiz, buktikan kat semua
orang yang anak mak pun boleh berjaya’. Hah, touching betul ayat-ayat mak aku ni bila diingat balik.
“Hafiz….”
“Ye mak…”
Sedang duduk
mengelamun di tepi tangga sambil menghirup udara malam, tiba-tiba suara mak aku
memanggil. Panjang betul umur mak aku. Baru je aku cakap pasal dia.
“Ni, tolong mak ni
nak….”
“Apa dia mak?”
“Bacakan ni, mak tak
nampak…”
“Itu la mak, orang
suruh beli cermin mata, mak tak nak…”
“Membazir je la…”
Aku hanya mampu
menggelengkan kepala. Betul-betul mak berkeras tak nak beli cermin mata.
Rabunnya dah tak tahu teruknya tahap berapa.
Aku ambil kertas dari
tangan mak aku dan bacakan untuk dia.
Dettt…detttt…..dede….detttttt…aku
baca dulu sebelum terangkan kat mak aku.
“Oh, ni surat tanah
ni mak. Ada orang mohon nak beli tanah abah”
“Hah…tak usah la
layan. Mak tak akan jual tanah pusaka abah engko tu”
“Betul tu, dia ingat
kita nak ke jual tanah tu?...langkah mayat Hafiz dulu kalau sampai dia berani
nak ugut suruh jual”
“Aish…Hafiz ni,
jangan emosi sangat”
“Ehehe, takde la mak,
Hafiz buat gimik je tadi tu”
“Gimik la sangat, dah
jangan nak duk termenung depan tangga malam-malam ni. Tak adanya jodoh nak lalu
malam-malam buta macam ni”
“Eh emak ni…ke situ
pulak”
“Ea la, engko tu dah
25 tahun, umur pun dah lanjut nanti mana ada lagi yang....”
“Ehhhhh…mak…mak
dengar tak bunyi tu?”
“Bunyi apa?”
“Ada lipas tengah
gaduh. Hafiz kena pergi leraikan pergaduhan”
“Macam-macam la ko ni
Fiz. Ada je alasan bila mak cakap asal kahwin”
“Hehe...hafiz masuk
tidur dulu ya mak, tata..selamat malam”
Fuh, berdezup aku
lari masuk bilik. Helah aku berhasil. Ni kalau nak dengar ceramah mak aku pasal
bab kahwin ni, memang tak akan abis sampai ke anak cucu. Huh, teringat pulak
kat hati aku yang sedang berbelah bagi ni. Patut ke aku berterus terang? Rasa
macam sakit bila disimpan perasaan ni lama-lama. Ya Allah, Engkau berikan lah
aku petunjuk-Mu kepada hamba-Mu yang lemah ini ya Allah.
-
-
Keesokkan harinya,
aku ke kebun untuk tanam biji benih baru. Hari ni aku tak bawa adik aku Haziq,
sebab dia ke sekolah. Terpaksa la aku bercangkul-cangkul buat batas sendiri.
Bila aku dah sampai kat sana, aku tengok lagi kali ni tanaman sawi yang jadi
mangsa. Ya Allah, angkara siapakah semua ini. Hati memang marah tapi aku mesti
sabar. Aku yakin, Allah tidak akan memberikan ujian yang melebihi dari
kemampuan hamba-Nya. Aku rasa aku mampu lagi hadapi semua ni. Aku bersihkan
semua tanaman yang rosak dan aku buat batas untuk tanam biji benih yang baru.
-
-
Tiba di kandang kambing.
Emosi aku semakin stabil bila aku tengok kambing-kambing yang montel, comel-comel,
sihat lagi berkhasiat. Eheh lebih-lebih pulak.
Masa aku sampai sana,
aku jenguk-jenguk jugak rumah tok imam. Nampak macam tok imam tak ada kat
rumah. Rasanya mungkin tok imam dah ada kat surau, motor RAZ nya pun tak ada. Aku buat kerja permulaan aku
sebagai pengembala kambing dengan membersihkan kandang kambing. Sekarang baru
aku faham kenapa anak-anak muda sekarang ramai yang tak minat nak buat
kerja-kerja macam ni. Kalau najis kambing ni wangi macam bunga ros, mungkin 24
jam pun diorang sanggup duduk dalam kandang ni. Haaa ni la Hafiz, terimalah kerja
kau sebagai pengembala kambing, cuci kandang kambing. Bau pun dah macam
kambing.
Beberapa minit
kemudian. Sebuah kereta Vigo berhenti di hadapan rumah tok imam.
Rasanya dia nak cari
tok imam agaknya. Aku dah tak boleh nak buat kerja, duk perhati je siapakah
gerangan tetamu yang datang tu.
“Assalammualaikum…”.
Orang tu memberi salam di hadapan rumah tok imam.
Aku tak boleh nampak
jelas sangat. Mungkin aku ni ada rabun sikit, tempias genatik mak aku agaknya.
Agak lama aku duk perhati, nak pergi dekat, rasa segan la pulak, dah la aku bau
kambing.
Setelah lama dia
berdiri di depan rumah tok imam, dia nampak aku yang duk perhati dia dari jauh.
Ah sudah, dia datang mai dekat aku pulak dah. Aku pun beriya-iya la menyental
lantai kandang tu. Nampak la sikit yang aku ni buat kerja, tak lah duk
perhatikan dia je dari tadi.
“Assalammualaikum…anak
muda”
“Waalaikummussalam….”
Laaa...ketua kampung
rupanya yang datang. Memang sah la aku ni rabun tahap gaban. Ketua kampung pun
aku tak boleh kenal dari jauh.
Tiba-tiba pulak aku rasa
nervous bila bakal bapa mertua
angan-anganku ada di depan mata.
“Eh, kamu......Hafiz
kan?”
“Ya saya. Pak Karim
nak cari tok imam ke?”
“Ya…kamu tahu ke dia
ke mana?”
“Saya tak tahu,
agaknya tok ke surau kot. saya ni pun baru je sampai”
“Kamu kerja sini ke?”
“Ye Pak Karim, saya
tolong-tolong mana yang patut. Isi masa lapang, cari duit lebih”
“Bagus la kalau macam
tu. Tok imam pun dah tak larat nak urus kandang ni sendiri.
Jarang ada anak
muda kat kampung ni yang nak buat kerja-kerja macam ni”
“Hehe…”
Aku mampu tersengeh
je tunjuk gigi. Darah gemuruh aku ni makin menjadi-jadi. Belum lagi aku nak
masuk meminang anak dia. Kalau ikutkan hati, nak je aku luahkan perasaan kat
bapak dia ni. Tapi nasib baik la aku ni masih waras.
“Ok, tak apa la kalau
macam tu. Saya minta diri dulu la ya”
“Baiklah Pak Karim….hati-hati”
-
-
Hari yang seterusnya.
Seperti biasa aku pergi ke pasar untuk beli biji benih sawi untuk ganti tanaman
sawi yang dah rosak. Bila aku sampai pasar, aku dapat lagi biji benih sawi free.
“Eh nyonya, dah dua
kali ni nyonya bagi free. Saya tak
nak nyonya rugi nanti”
“Saya dengan kamu nak
berkira apa? selalu kamu beli barang dengan saya kan”
“Saya serba salah la
nyonya…”
“Tak apa la….angkat
saja sudah la”.
“Angkat macam ni
nyonya?”. Aku saja buat gurauan yang sama lagi. Nyonya tu senyum je.
“Lain kali, datang
lagi..kalau kamu beli banyak, baru saya suruh kamu bayar”
“Ok la nyonya yang
budiman…terima kasih ya nyonya, saya angkat macam ni?”.
Aku terus letak plastik
biji benih tu atas kepala sambil berlalu pergi. Nyonya tu gelak sakan.
Apa-apa pun semua ni
rezeki Allah. Itu agaknya berkat kesabaran aku. Lepas pergi beli biji benih,
aku terus pergi ke kebun untuk menanam biji sawi itu. Alhamdulillah, semuanya
dipermudahkan. Bila aku tiba di kebun, sekali lagi aku melihat tanaman yang
rosak. Aku seperti nak terduduk kat situ. Aku mula tertanya-tanya angkara
siapakah semua ini. Aku istigfar banyak-banyak supaya kemarahan aku tak datang.
Aku pergi ke paip di sebelah pondok untuk berwuduk supaya api kemarahan aku
dapat dipadamkan. Setelah berwuduk, aku duduk termenung di pondok. Apa yang
sebenarnya berlaku ni? Sampai bila kebun ni nak dirosakkan? Adakah angkara
orang yang menginginkan tanah arwah abah? Aku betul-betul tak habis fikir semua
ni. Tiba-tiba aku teringat kata-kata adik aku yang memaksa aku untuk melapor
dengan ketua kampung. Tapi bila aku fikir balik, rasanya tak perlu perkara ni
sampai ke pengatahuan ketua kampung. Buatnya kalau pelaku tu tahu, nanti esok
lusa dia bakar kebun aku ni. Jadi, aku buat keputusan untuk siasat sendiri
siapa yang buat semua ni, dan biar aku sendiri yang beri pengajaran dengan
orang tu.
-
-
Setelah selesai
dengan kebun, aku pergi pula menguruskan kandang kambing seperti biasa. Kali
ni, tok imam ada di rumah. Sedang aku memberi makan kambing-kambing tu, tok
imam datang menyapa aku dari belakang tanpa aku sedar.
“Tekun betul anak
muda ni….”
“Eh, tok…haha tak ada
la tekun sangat, kerja biasa ni…”
“Esok ada orang nak
datang beli kambing, kamu siapkanlah mana kambing yang elok untuk dijual ya”
“Baiklah tok…oh eya
tok, semalam Pak Karim ketua kampung tu cari tok”
“Ya, saya baru sahaja
jumpa dia semalam di surau, memang besar hajat dia tu”
“Hajat?...hajat apa
tu tok?”
Tiba-tiba pula kadar
nadi dan denyutan jantung aku meningkat bila dengar apa yang tok imam
sampaikan. Hajat apa yang besar sangat tu?
“Biasa la, kalau ada
orang nak risik-merisik, pinang-meminang ni, memang akan cari tok?”
“Merisik? Meminang?”
Terkejut aku seolah
nampak kingkong yang tengah goncang menara Paris. Tengah aku bagi makan
kambing, habis aku tertonyoh rumput kat muka kambing tu, mengembek-ngembek la
kambing tu jawabnya.
Maaf la kambing aku
tak terniat nak buat macam tu dengan kau. Tapi aku betul-betul terkejut,
jantung pun dah berdegup laju macam kereta F1.
“Yang kamu ni dah
macam kena kejutan elektrik kenapa?”
“Tak ada apa la
tok…erh, siapa yang nak merisik siapa tok?
“Tok pun tak tahu
siapa yang nak merisik. Pak Karim ajak tok pun sebab nak ikut adat, main
pantun-pantun ni. Tok kan juara pantun kat kampung ni. Jadi kalau nak terima ke
atau tolak pinangan ke, sedap sikit la dengarnya kalau berpantun, takde la ayat
tu pedih sangat kalau pinangan kena tolak”
“Oh, macam tu ye tok?
Ingatkan ketua kampung nak suruh tok imam terus akad nikahkan”
“Haha….Hafiz…Hafiz…kalau
ye pun nak kawin, kena la ikut adat juga…step by step…bukan datang rumah orang
terus kahwin”
-
-
Balik je rumah, aku
memang tak senang duduk. Nak tidur lagi la tak boleh. Agak-agak boleh haus
lantai papan kat bilik aku tu sebab aku kehulur-kehilir tak berhenti-henti.
Siapa yang boleh duduk senang kalau gadis pujaan hatinya nak diambil orang.
Memang boleh kusut fikir pasal ni. Memang aku rasa macam sekarang jugak nak
lari pergi rumah ketua kampung. Ish, aku ni dah kenapa? Huh tenang Hafiz,
tenang….watlek watpeace Hafiz.
Malam ni aku baru
teringat tentang misi siasatan aku untuk menyiasat siapa punya angkara yang
berani merosakkan kebun aku. Hah, dengan tekat yang cemerlang, jitu, lagi padu,
aku ketepikan dulu soal hati dan perasaan aku. Malam ni, aku mesti tangkap
pelaku yang merosakkan kebun aku tu.
Hafiz bergegas
menukar kain pelekat dan baju melayunya kepada pakaian serba hitam supaya
kehadirannya tidak dapat dikesan. Hafiz baru sahaja
ingin keluar dari bilik, tetapi sebelum tu dia membuka sedikit pintu biliknya
untuk memastikan maknya tiada di luar. Ah sudah!, mak tengah
tengok maharaja lawak mega la pulak. Ni kalau ditunggu memang jam 11 atau jam
12 baru habis. Macam mana aku nak keluar kalau mak nampak aku serba hitam macam
orang minyak ni.
“Ahaaaa….”
Hafiz mengambil kain
pelekat dan menutup badannya. Dia dapat menutup badannya sahaja walaupun
kakinya masih kelihatan. Dia berharap, ideanya berhasil.
“Haa Hafiz, nak ke
mana tu? Selimut-selimut dengan kain pelekat lagi, berstokin hitam, engko demam
ke apa fiz?”
“Tak ada la mak,
hafiz nak keluar dulu ye mak, nak pergi rumah Ridhwan ada hal sikit. Ni
selimut-selimut sebab Hafiz kan naik motor, angin malam ni sejuk, maklum la
mak…motor Hafiz takde tingkap nak tutup, aircon
dia asli”
“Hah, macam-macam la
engko hafiz…dah, nanti jangan balik lambat..mak kunci pintu biar ko tidur luar”
“Ok mak!”
Nak tak nak, memang aku
tidur luar la jawabnya malam ni. Maaf mak, Hafiz terpaksa tipu untuk malam ni.
Sebab Hafiz tak nak mak tahu hal yang sebenar pasal kebun tu. Ok, sekarang
masanya aku mesti memulakan misi. Kena cari port
yang strategik supaya penjenayah tu tak dapat kesan kehadiran aku.
Aku menyorok la kat
belakang pokok sebelah pondok tu. Nasib baik la pokok tu besar. Beberapa minit
kemudian, dalam jam 9 malam. Dua orang yang tidak dikenali datang masuk ke
kebun dengan memanjat pintu pagar. Habis la aku kalau diorang ni tahu silat.
Aku ni dah la sorang, meraka tu dua orang. Aku ni kalau nak kata silat, silat
gayung pun aku tak lepas, langkah pun sumbang. Ah! tak apa la, aku tawakal je
la. Aku tunggu masa yang sesuai untuk aku menyerang.
-
-
Beberapa minit
menunggu, masanya telah tiba, aku terus meluru ke arah mereka dan dengan pantas
aku menendang salah seorangnya dari arah belakang. Hah akhirnya, walaupun tak
ada ilmu silat, tersungkur lagi tertiarap juga orang tu aku kerjakan. Jatuh
macam nangka busuk. Ni yang sorang lagi, macam nak tak nak je lawan dengan aku.
Dah la aku berabis buat gaya macam orang pandai silat ni. Tepuk lutut, tepuk
siku, ah hantam saja la labu.
Tapi akhirnya mereka
berlutut depan aku minta maaf. Aku berhenti buat aksi-aksi yang melebih-lebih
tu. Pelik pun ada jugak. Kenapa diorang tak lari? Kenapa minta maaf?. Oh
mungkin Allah bagi hidayah lepas kena tendang dengan aku tadi kot. Ah..husnuzon
je la.
“Maafkan kami….tolong
jangan apa-apakan kami”
“Kamu berdua ni
siapa?”
“Kami sebenarnya
disuruh untuk lakukan semua ni”
“Tapi kenapa kamu
minta maaf?”
“Kami tidak tahu nak
berbuat apa, kami disuruh buat semua ni tapi kami dilarang untuk mencederakan
kamu”
Aku semakin-semakin
la bingung. Dah la kepala aku pening nak fikir tentang Aisyah. Tambah lagi
dengan perkara yang banyak sangat persoalan macam ni.
“Siapa yang suruh
kamu buat semua ni?”
“Anak ketua kampung”
“Apa? Siapa?”. Aish,
apa lagi ni? bagi la aku faham apa sebenarnya semua ni.
“Cik Aisyah…dia suruh
kami buat semua ni. Maafkan kami tuan”
Kaki aku memang
tiba-tiba jadi tak kuat. Kalau nak kata sebab langkah silat aku yang sumbang
tadi, memang tak mungkin. Tapi lutut aku betul-betul rasa lemah bila dengar
perkara yang sebenar. Nak percaya atau tak, aku masih dalam kebingungan. Aku terus
terduduk di hadapan mereka.
“Dah, kamu berdua
boleh balik…”
“Tuan dah maafkan
kami?”
“Ya, saya maafkan…jangan
lakukannya lagi”
“Terima kasih tuan..”
Dah sekarang siapa
nak angkat aku yang dah terduduk ni. Kaki aku memang rasa lemah. Hati aku
memang tak boleh nak kata apa. Aku rasa kecewa dan tertanya-tanya kenapa Aisyah
buat aku macam ni? Dia benci sangat ke dengan aku? Dia ada dendam ke dengan
aku? Aku ada buat salah paling besar ke sampai dia buat aku macam ni? Tolong la
aku ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini sangat lemah.
Hafiz pulang ke rumah
dalam jam 10 malam. Nasib baik maknya tidak mengunci pintu. Dia balik dengan
muka yang sedikit pucat. Otaknya terlalu banyak berfikir, hatinya terlalu
banyak memberikan perasaan sehingga dia berasa sangat lemah.
Bila jam menunjukkan
pukul 3 pagi, hafiz terbangun kerana dia tidak dapat tidur lena memikirkan
beban yang ada dalam fikirannya. Hafiz bangun untuk menunaikan solat sunat dan
dia juga menunaikan solat istikharah untuk mendapatkan jawapan yang terbaik
dari Allah atas kekeliruan dalam hatinya.
-
-
Keesokan harinya,
Hafiz gagahkan diri untuk pergi bekerja seperti biasa. Sekejap dia termenung
sekejap dia bekerja. Hafiz menjadi tidak menentu.
//Mengalirlahhhh air
mata mukmin,aaatau meeengalir air mata hatinya…//
(Telefon Hafiz
tiba-tiba berdering)
“Assalammualaikum…”
“Waalaikummussalam…Hafiz”
“Hah Wan…lama tak
nampak kau kat surau. Kau ke mana je?”
“Aku tak ke mana la,
ada lagi kat kampung ni. Sibuk la sikit”
“Oh, apa hal telefon aku
ni? Aku tengah kerja sekarang”
“Macam ni fiz, aku
ada berita tiba-tiba ni nak habaq kat hang ni. Mak ayah aku nak merisik Aisyah
untuk aku hari ni. Jadi aku nak mintak kau sebagai sahabat baik aku dunia
akhirat. Doakan la aku. Aku tengah nervous
gila ni”
Aku terkaku seketika.
Wan…? Kau ke Wan, orang yang buat aku bagai nak gila. Orang yang buat aku tak
menentu. Orang yang buat aku tak lena tidur. Rupanya kau lah orangnya Wan.
Kawan baik aku sendiri.
“Erhh…fiz, hang masih
dalam talian ke ni?”
“Ahaa..ye ye…aku
doakan untuk kau. Cayok cayok…ah, ok la Wan...nanti free aku jumpa kau,
sekarang aku tengah kerja”
“Oh, maaf la fiz, aku
ganggu kau. Sebab aku tak tahu nak cakap kat siapa. Ok fiz, jumpa
nanti…asslammualaikum”
“Waalaikummussalam…”
Apa ni Hafiz…apa yang
patut kau buat sekarang? Kau simpan je la perasaan kau tu sampai mati Hafiz.
Tak mungkin kau nak khianati sahabat kau sendiri.
Tapi aku masih
tertanya-tanya kenapa Aisyah sanggup upah orang untuk rosakkan kebun aku?
Sudah lah Hafiz.
Mungkin ada hikmah. Aku cuba pujuk diri aku supaya tidak bersangka-sangka buruk
terhadap Aisyah.
Aku sentiasa ada
Allah. Allah sahaja yang faham perasaan aku di saat ini. Ya Allah sesungguhnya
perancangan-Mu adalah lebih baik dari apa yang aku rancang. Berikanlah apa
yang terbaik buat aku dan sahabat baikku
Ridhwan.
-
-
Beberapa hari
kemudian, kebun Hafiz sudah tidak mengalami kerosakkan lagi. Mengenangkan
peristiwa itu, hati Hafiz masih lagi teringatkan Aisyah. Kenapa terlalu sukar
untuk dia lupakan semua yang berlaku. Adakah mungkin sebab dia masih memerlukan
jawapan dari persoalannya.
Petang itu aku tidak
ke kebun. Aku mengambil keputusan untuk berehat sehari bagi menenangkan apa
yang sedang bercelaru di dalam fikiran aku. Selang beberapa minit kemudian,
sebuah kereta Vios berhenti di hadapan rumah aku.
Hah, Wan rupanya,
walau apa pun berita yang dia ingin sampaikan aku akan terima dengan hati yang
terbuka.
“Assalammualaikum
Hafiz, hai…termenung jauh nampak, dah macam anak dara duduk tepi tangga…haha”
“Kau ni Wan, kalau
tak merepek sehari memang tak sah”
“Hahah…bukan selalu
pun kan. Eh makin kurus aku nampak hang ni. Hang sakit ka?
“Tak la, aku banyak
exercise…aku duk sental kandang kambing, mana tak kurus”
“Hah, tu la Fiz…kalau
gemuk pun hang tak hensem. Haha…ni nak dengaq cerita tak ni?”
“Pasal meminang tu?”
“Tu dia aku nak habaq
mai ni, aku hati banyak kecewa la sekarang ni”
“Kenapa?”
“Pinangan aku ditolak
la”
“Kenapa?
“Sebab…sebab ditolak
la”
“Ye la…apa sebabnya?”
“Mana la aku tahu,
Aisyah yang tak nak terima aku, aku nak buat lagu mana lagi?”
Aku rasa macam ada
sinar harapan. Aku pun tak tahu kenapa aku masih menyimpan perasaan dengan
Aisyah walaupun dia dah buat macam-macam dengan kebun aku. Dan patut ke aku
cerita dengan Wan tentang hal yang sebenar tentang perasaan aku dengan Aisyah?
Aku rasa Wan patut tahu.
“Ah Wan, aku nak
cerita kat kau ni”
“Cerita apa?”
“Macam ni…sebenarnya,
aku…”. Aku kembali terkedu.
“Awat hang berhenti
cakap? Cerita la pasai apa?”
“Aku sebenarnya…dah
lama suka dengan Aisyah”
“Apa?”
“Haa Wan...kau jangan
la marah kat aku ya. Aku tahu kau memang akan marah kat aku. Aku susah nak luahkan
perasaan aku kat sesiapa. Aku tahu siapa aku, tak setanding dengan Aisyah”
“Macam ni ke
kawan?....”
“Kau marah kat aku
ke? Maaf la. Tapi bila aku dapat tahu kau nak pinang Aisyah, aku redha demi
kawan aku”
“Memang aku marah
sangat dengan hang, kenapa hang tak habaq kat aku dari awal lagi. Kalau tak, aku
tak akan biar mak ayah aku pi meminang dia. Kalau dibuatnya Aisyah tu terima,
macam mana aku nak maafkan diri aku yang sebenarnya dah hancurkan hati kawan
baik aku sendiri?”
“Jadi, kesimpulannya
ni, kau tak marah kat aku?”
“Macam ni la, apa
kata hang pula yang cuba masuk meminang. Mana tahu, aku boleh tahu sebab apa
dia tolak pinangan aku”
“Eh, tak berani la
aku…kalau kau yang berkereta ni pun ditolak, apa lagi aku yang Cuma pakai motor
EX5 yang exzos asap hitam ni”
“Belum cuba belum
tahu Fiz…”
“Aku tak tahu la Wan,
nanti la aku fikir”
“Jangan lama sangat
fikir, nanti meleas lagi aku tak dapat nak tolong”
Hah, kalau aku cerita
kat Wan tentang kerosakan kebun aku tu ada kaitan dengan Aisyah. Itu sama juga
macam aku buka aib dan kejahatan yang Aisyah buat. Tapi aku betul-betul nak
tahu kenapa Aisyah buat aku macam tu. Dia seorang yang baik, taat perintah ibu
bapa, kurang pergaulan dengan lelaki, aurat dan akhlak terjaga. Aku tak boleh
nak percaya yang dia sanggup buat kerja macam tu. Patut ke aku jumpa dengan
dia? Tapi tak manis pulak nanti kalau orang pandang. Dia pun mesti tak nak
jumpa aku.
“Eh, kau ada urusan
ke esok? Jom mancing. Lama dah aku tak pegang joran ni”
“Emm...esok boleh kot
lepas aku urus kambing kita mancing”
“Ok cun. Kalau macam
tu aku balik dulu la Fiz. Lapar ni, aku rindu masakan mak aku walaupun baru
beberapa minit.. haa jangan lupa ya apa yang aku cakap tadi, masuk meminang
Aisyah, jangan dilambat-lambatkan perkara yang baik”
-
-
Setelah kelibat Wan
menghilang, aku masuk ke dalam untuk berehat. Aku menuju ke bilik dan berbaring
di atas lantai. Nak baring atas katil pun sama saja, aku tak dapat merasakan
tilam yang empuk dan selesa selagi masalah dalam kepala aku ni tak selesai.
“Hafiz….ohh Hafiz…”
Baru beberapa detik
aku merenggangkan tulang belakang, suara nyaring mak kedengaran. Mak panggil ni
mesti nak suruh aku bacakan sesuatu untuk dia.
“Ya, mak…”
“Ni, ada orang datang
nak jumpa ni…”
Eh, siapa pulak nak
jumpa aku ni? Takkan la Wan datang lagi…baru je kejap tadi jumpa.
“Siapa dia mak? Wan
ke? Suruh dia masuk, Hafiz kat bilik ni”
“Keluar la nak Hafiz
oi, jangan la malas sangat”
“Ye la…kejap…”. Aku
gagah berdiri dengan langkah yang layu.
Aku bangun dan keluar
dari bilik…
“Eh Aisyah…”.
Kali ni pula aku
terkejut yang teramat. Betul ke Aisyah yang aku nampak berdiri depan mata aku
ni?
“Hafiz, Aisyah datang
ni sebab nak bagitahu sesuatu…”
Aku betul-betul tak
boleh nak kata apa. Aku yang selama ni tak pernah bercakap sepatah pun dengan
dia tiba-tiba dia datang nak cakap sesuatu dengan aku.
Tenang hafiz, cool.
“Haa, duduk lah
Aisyah…”
Mak aku ke dapur
untuk membancuh air. Aisyah bersama adik perempuannya yang berusia belasan
tahun duduk di kerusi dan aku duduk berhadapan dengannya menanti apa yang akan
dikatakan.
“Aisyah tahu, Hafiz
dah tahu tentang kebun tu…”
Allahhu, aku boleh
lupa pasal hal tu. Lama aku fikir apa benda yang dia nak cakap. Hafiz…Hafiz…kau
memang la angau.
“Kenapa Aisyah buat
macam tu?”
“Sebenarnya, Aisyah
ada sebab nak buat macam tu. Aisyah tahu Hafiz sukakan Aisyah sebab adik Hafiz
bagi surat-surat yang Hafiz tulis”.
Surat? Ya Allah surat
tu…patut la hilang. Aku dah sorok baik dalam tin biskut marrie, boleh pulak
budak toyol ni ambil haaa.
HAZIQQQQQQQQQ…memang
nak kena budak ni. Aku hanya mampu menjerit dalam hati. Kenapa la aku dapat
adik yang senakal ini. Ya Allah, malunya aku. Apa aku tulis kat dalam surat tu?
Aku pun tak ingat. Tapi memang agak memalukan. Haihh malunya aku dia baca semua
apa yang aku tulis. Sebenarnya surat tu aku saja tulis untuk meluahkan perasaan
aku yang penat aku pendam. Tak ada niat pun nak bagi dengan Aisyah.
“Sebenarnya, surat tuHafiz
taka da niat pun nak bagi. Hafiz tulis saja-saja je. Tak sangka pula Haziq...”.
Aku tak sanggup nak teruskan kata-kata sebab malu yang teramat.
“Tak apa, Aisyah cuma
nak bagitahu hal sebenar kenapa Aisyah rosakkan kebun Hafiz. Sebenarnya, Aisyah
nak tengok tahap kesabaran Hafiz. Aisyah yang bayarkan duit biji benih sayuran
yang Hafiz beli dari nyonya tu. Aisyah tunggu Hafiz datang rumah dan mengadu
dengan ayah tentang kerosakan kebun tu, tapi Hafiz tak datang mengadu malah
Hafiz cari penyelesaian sendiri. Aisyah tahu Hafiz sedang bersabar. Apa-apa pun
Aisyah datang ni nak minta maaf atas semua yang Aisyah dah buat. Aisyah silap,
sebenarnya apa yang Aisyah buat ni semuanya salah dan tak patut”
“Sebenarnya Aisyah….”
Belum sempat aku nak
habiskan ayat aku, tiba-tiba mak aku datang bawa air dengan kuih karipap yang
baru digoreng tadi. Aroma karipap berinti kari keledek tu memang sangat
menyelerakan. Tapi aku harus selesaiakan persoalan ini sebelum menyumbat kariap
itu ke dalam perut aku.
“Eh, susah-susah je
makcik ni…”
“Tak apa la
Aisyah…tak susah pun. Haa cerita apa ni? Ada yang makcik perlu tahu ke?”
“Sebenarnya makcik….”
“Erhh…mak, sebenarnya
Aisyah nak beli kambing…haa kambing mak..eh bukan, kambing tok imam…”
Aku bagi signal
kepada Aisyah supaya tidak menceritakan hal kebun itu kepada mak.
Aisyah hanya
tersenyum faham.
“Satu lagi, sebenarnya
Aisyah nak minta maaf juga dengan Hafiz dan makcik pasal surat permohonan tanah
tu”
“Surat tu….?”.
Tiba-tiba aku teringat balik gimik yang aku buat lepas baca surat tu.
“Ya cik…surat tu
sebenarnya dari Aisyah. Makcik, Aisyah tak bermaksud pun nak beli tanah tu.
Aisyah minta maaf makcik”
“Tapi kenapa Aisyah
buat surat tu?”. Otak aku tak habis lagi dengan soalan.
“Err...sebenarnya....”.
Agak lama untuk Aisyah menyambung kata-katanya
"Tak apa la
Aisyah, benda dah lepas". Mak aku tenang sahaja mengakhiri topik
perbincangan.
“Hafiz pun dah
lupakan semua tu. Permohonan maaf Aisyah, Hafiz terima”
“Sah!!!....”.
Mak aku tiba-tiba
bersuara seakan saksi nikah.
“Apa pulak yang sah
mak?”
“Tak...,,,karipap mak
ni, memang sah sedap. Eh jemput la makan Aisyah nanti sejuk dah tak sedap”
“Baik makcik”
Fuh, aku dah faham
sekarang. Dan adakah ini maksudnya Aisyah terima aku seadanya? Cia cia...eh
nampaknya hati dah terubat.
Kalau adik aku balik rumah
nanti, siap la dia. Aku nak tonyoh-tonyoh muka dia, pusing-pusingkan dia macam
gasing baru aku sayang-sayang dia bagai menatang minyak yang penuh dan belanja
dia ais krim padel pop seminggu.
Kalau bukan sebab kenakalan dia curi surat rahsia aku, Aisyah tak mungkin buat
semua ini untuk menilai kesabaran aku.
Aku ingat nak tanya
dia ni kalau sudi terima lamaran aku…tapi aku tak tahu nak susun mukhadimah
macam mana….try la.
“Sebenarnya….
Aisyah…kalau…sebenarnya..terima ke kalau Hafiz….”
Aishhh..apa aku
melalut ni? Kata-kata aku membuatkan Aisyah tergelak kecil.
“Tapi, Hafiz bukan
orang kaya, Hafiz hanya pengembala kambing…”
“Bahagia sesorang itu
bukan dilihat pada harta, tapi pada keimanannya”.
“Ehemmm...”. Mak aku
berdehem kecil. Mak tersenyum sambil merenung tajam memandang tepat ke mataku.
Seram sejuk sebenarnya dengan pandangan mak tu.
“Makcik, Aisyah minta
diri dulu la ye. Nak ke bandar beli barang, terima kasih banyak makcik. Aisyah
minta maaf atas segala tindakan Aisyah yang dah buat makcik risau”.
Tangan mereka saling
berjabat erat dan sejuk hati aku melihat kemesraan mak dan Aisyah.
“Sama-sama Aisyah,
senang-senang nanti datang la lagi ye. Makcik suka Aisyah datang sini, kat
rumah pun makcik sorang-sorang tak ada kawan nak ajak sembang.”
“Insha’Allah, Makcik.
Saya balik dulu ya Hafiz.”
Setelah Aisyah
berlalu pergi, mak tiba-tiba mencubit pinggang aku. Perh, pedihnya yang amat.
“Yang Hafiz
tersengih-sengih ni kenapa? Ada ke duit nak khawin dengan anak orang?”
“Hehe, InsyaAllah
ada…”.
“Dah, pergi cari adik
kau, suruh balik makan. Sudah-sudah la tersenyum-senyum tu, macam tak siuman
mak tengok”
“Ye, memang nak cari
pun budak bertuah tu....siap dia, main tak ingat nak balik”.
Mak saja nak mengusik
aku yang sedang dilanda bahagia. Terima kasih Allah yang telah memudahkan
segalanya. Aku sentiasa percaya, ada ganjaran dibalik kesabaran.
-
-
Selesai pun semua
masalah aku. Sekarang baru aku rasa lapang sikit dada ni, jiwa pun tenang lepas
dah tahu hal yang sebenar. Rupa-rupanya makcik nyonya tu tak bagi aku free, dia
pun kena upah rupanya. Banyak betul pelakon-pelakon ekstra dalam cerita hidup
aku yang merumitkan ni.
Kata-kata Aisyah tu
buat aku terfikir yang harta memang tak semestinya buat kita bahagia. Yang
penting niat bahagia untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ya Allah, Engkau
tetapkan lah iman ku Ya Allah, dan permudahkanlah segala urusanku.
-TAMAT-
Comments
Post a Comment