CERPEN : Perginya Fatihah
PERGINYA FATIHAH
Story By: Nurliyana Zolkibli
Story By: Nurliyana Zolkibli
Aisyah kembali sedar setelah pitam beberapa minit. Air mata
terus berterjunan di pipi Aisyah. Tangisan itu merupakan kedukaan hati yang
tidak dapat dilafaskan dengan kata-kata. Walaupun Aisyah tahu bahawa kepergian
seseorang yang disayangi tidak patut ditangisi, namun, mata Aisyah tidak dapat
menahan air mata daripada terus berlinanggan. Hatinya menjadi sukar untuk
menerima hakikat apabila kata-kata terakhir dari adiknya masih terngiang-ngiang
di telinga Aisyah.
“Akak,
nanti bila Fatihah dah besar, kita pergi Mekkah sama-sama ye. Fatihah teringin
sangat nak pergi sana”
“In
sya’ Allah, kalau panjang umur dan dimurah rezeki, nanti kita ajak ibu dengan
ayah sekali ye”
“Yey,
Fatihah tak sabar nak besar”.
Wajah
Fatihah yang sedang melompat kegirangan masih terbayang-bayang di mata Aisyah. Dunia
seolah-olah berputar dan Aisyah tidak mampu berjalan dengan baik. Lutut Aisyah
menjadi lemah dan badanya seolah-olah tidak bermaya. Ibu memeluk Aisyah
serat-eratnya dan cuba untuk menyembunyikan hatinya yang sedang berduka. Ibu
memang seorang yang tabah dan seorang wanita yang tegar. Ibu selalu
menasihatkan Aisyah untuk selalu redha dengan apa yang Allah tentukan buat
umatnya. Aisyah malu kerana tidak dapat menjadi wanita setabah ibunya.
“Aisyah...Aisyah
mesti redha dengan ketentuan-Nya. Allah lebih sayangkan Adik”.
Kata-kata yang
diucapkan oleh ibu kedengaran sedikit sebak.
Ibu
menepuk-nepuk bahu Aisyah sambil menyeka Air matanya.
“Aisyah, mayat akan disiksa kerana
tangisan orang yang hidup. Aisyah jangan la menangis lagi”
Pergerakkan
Aisyah tiba-tiba terhenti. Aisyah terpaku seketika dan dengan segera dia
menghapuskan air matanya.
Aisyah
berkata di dalam hati yang masih sayu.
“Maafkan
akak Fatihah....Maafkan akak. Ya Allah, Engkau rahmatilah adikku dan
tempatkanlah dia ditempat orang-orang yang Engkau kasihi.”
Beberapa
minit kemudian, Ayah menghampiri mereka yang masih duduk di atas sofa di ruang
tamu.
“Adik
dah selesai dikebumikan, mari kita siram kubur adik dan baca yassin kat sana”.
Ayah menghulurkan satu jag air bunga kepada ibu.
Tanpa
sebarang kata, tangisan Aisyah sudah tiada. Ibu membantu Aisyah bangun dan
mereka menuju ke tanah perkuburan.
-------------
Beberapa
minggu kemudian Aisyah pulang ke kampus untuk kembali semula belajar. Segala
tangisan yang dialami sudah tiada lagi. Kemalangan langgar lari yang telah
meragut nyawa adiknya itu benar-benar sukar untuk dipadamkan dari ingatannya. Namun,
Aisyah harus redha dan memaafkan sahaja insan yang telah menyebabkan kematian
adiknya. Hidup yang penuh dendam sudah pastinya tidak dapat mengembalikan
semula adiknya ke dunia. Biarlah segala kenangan suka dan duka bersama Fatihah
tersimpan kemas di dalam memori ingatannya.
Nasihat
dan dorongan ibu tidak pernah berhenti mengiringgi perjalanan Aisyah walau di
mana sahaja dia berada. Segala peristiwa yang berlaku amat perih buatnya tetapi
dia yakin bahawa setiap peristiwa yang berlaku telah tersirat pelbagai hikmah
disebaliknya. Aisyah juga sedang mendidik hati menjadi lebih tabah dan sabar
untuk menghadapi segala qadaq dan qadar dari Allah.
Kecintaannya kepada Allah juga
menjadi semakin kuat.
Petang
itu, Aisyah duduk bersendirian di dalam hostelnya. Rakan sebiliknya masih belum
pulang sejak pagi lagi. Dengan langkah yang perlahan, Aisyah menuju ke tingkap.
Sedang asyik merenung dan mengkagumi keindahan alam ciptaan Allah, Aisyah
tiba-tiba teringatkan perbualanya bersama adiknya suata masa dahulu.
“Akak,
boleh ke Fatihah bagi surat untuk Allah?”. Pertanyaan Fatihah membuatkan Aisyah
tersenyum.
“Fatihah...,kita
tidak perlu mengutus surat kepada Allah, hanya dengan memohon doa kepada-Nya,
baik melalui lisan mahupun hati, Allah pasti mengetahui dan mendengarnya kerana
Allah Maha mengetahui lagi Maha mendengar.”
“Oh,
kalau Fatihah buat surat untuk Allah tapi Fatihah tak hantar, Allah tetap tahu
apa yang Fatihah tulis?”
“Ye
Fatihah, Allah Maha mengetahui. Jadi kalau hamba-Nya buat dosa
sembunyi-sembunyi pun Allah pasti mengetahuinya”
“Hebatnya
Allah..., akak, Fatihah nak jumpa Allah la”
“In
sya’ Allah, kalau Fatihah rajin solat, mengaji dan tidak melanggar perintah
Allah, Allah pasti sayang Fatihah, nanti Fatihah boleh jumpa Allah”
“Fatihah
nak jadi budak baik la”.
Senyuman
tiba-tiba terukir di wajah Aisyah tatkala mengenangkan kata-kata adiknya itu. Aisyah
mencapai secebis kertas di atas meja dan Aisyah merenung lama cebisan kertas
itu. Kertas itu telah dijumpa di dalam
buku nota adiknya.
Mungkin sekali nota itu adalah surat yang dimaksudkan oleh
Fatihah. Hati Aisyah sangat tersentuh setiap kali membaca nota ringkas yang
ditulis oleh adiknya.
Allah,
Fatihah sayangkan Allah......Fatihah sayang Allah sangat-sangat. Nanti Fatihah nak jumpa dengan Allah.Dari Fatihah,
Walaupun
Fatihah baru berusia 6 tahun, namun, Budak seusia Fatihah sudah menanam
cita-cita yang tinggi untuk bertemu dengan penciptanya.
Dentuman
guruh membuatkan Aisyah tersedar dari lamunan silamnya. Aisyah segera menutup
tingkap dan meletakkan nota kecil yang dipegangnya itu di atas meja. Aisyah mencapai
tuala di tepi katilnya dan segera ke bilik air untuk mandi sebelum hari
menjelang senja.
Keesokan
harinya, hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa dan mahasiswi
yang bakal menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
Aisyah
merupakan salah seorang daripada mahasiswi yang bakal menjadi graduan Ijazah
Sarjana Muda Psikologi. Pagi itu, pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum
majlis konvokesyen dimulakan. Aisyah duduk di dalam dewan sambil menanti
kedatangan kedua ibu bapanya dengan penuh sabar. Hati Aisyah yang gementar
tidak dapat diredakan. Namun, mulut Aisyah tidak pernah berhenti dari berzikir.
Beberapa
minit kemudian, wajah ceria kedua ibu bapanya kelihatan dari lautan orang ramai
yang membanjiri perkarangan dewan. Langkah demi langkah, Aisyah menghampiri
kedua ibu bapanya dan dengan pantas dia memeluk erat kedua mereka.
Perlahan-lahan Ibu mengusap kepala Aisyah yang mula menitiskan air mata.
“Kenapa
Aisyah menangis?”. Tanya ibu spontan.
“Aisyah
cuma rasa gembira bila nampak ibu dan ayah ada di sisi Aisyah”.
Kata-kata
Aisyah membuatkan ibu dan ayah mengukirkan senyuman.
“Aisyah
patutnya ketawa bila gembira, bukannya menangis”. Usik ayah sambil ketawa.
Aisyah
mula tersenyum. Sudah lama rasanya dia tidak bergurau senda dengan keluarganya
sejak ketiadaan adik. Hari itu juga telah menjadi hari yang sangat bahagia buat
dirinya.
Tepat
jam 10 pagi, semua bakal graduan dan ahli keluarga masing-masing masuk ke dalam
dewan untuk memulakan majlis konvokesyen. Hati Aisyah kembali gementar sehingga
membuatkan rakan yang duduk disebelahnya ketawa kecil melihat tangan Aisyah
yang tidak tahu duduk diam.
‘Nur
Aisyah Umairah Binti Abdul Hashim’. Nama Aisyah kuat kedengaran di setiap sudut
dewan. Aisyah naik ke atas pentas sambil tersenyum walaupun gementarnya masih
belum hilang. Apabila Aisyah tiba di atas pentas, penglihatan Aisyah tiba-tiba
sahaja menjadi kabur. Wajah pengetua UIAM yang berdiri di hadapannya semakin
kabur, langkah Aisyah juga semakin perlahan dan tanpa diduga Aisyah tiba-tiba
sahaja rebah di atas pentas. Semua hadirin terpaku seketika melihat keadaan
yang berlaku terhadap Aisyah. Seorang pensyarah yang mengiringi Aisyah terus
memapahnya dan dibawa ke tepi pentas memandangkan Aisyah masih belum sedarkan
diri.
“Aisyah, Aisyah...”.
Sudah
berulang-ulang kali Nama Aisyah dipanggil namun Aisyah masih belum sedarkan
diri. Keadaan di dalam dewan menjadi semakin cemas. Aisyah segera diangkat dan
dikejarkan ke hospital.
--------
Tiba
di hospital, Aisyah telah selesai mendapat rawatan dan dia sudah pun sedarkan
diri.
"Aisyah,
kamu ok?"
Dengan
mata yang sedikit terbuka, Aisyah cuba mengangkat kelopak matanya
untuk mencari
pemilik suara yang menyapanya.
"Ibu...."
Dia
memanggil ibunya serta merta apabila melihat ibunya yang sedang duduk di
sisinya.
"Ibu...Aisyah
kat mana? bukan ke Aisyah ada majlis konvokesyen?"
"Aisyah
sekarang kat hospital...tadi Aisyah pengsan. Tapi syukurlah Aisyah tak apa-apa.
Doktor kata Aisyah terlalu penat dan banyak berfikir"
"Macam
mana majlis konvokesyen Aisyah...kan Ibu nak tengok Aisyah naik atas pentas
terima sijil..."
Wajah
Aisyah menjadi sayu...dugaan untuknya semakin berat untuk diterima.
"Tak
apa lah Aisyah...ibu dan ayah tetap bangga dengan kejayaan Aisyah. Apa yang
penting sekarang adalah masa depan Aisyah. Aisyah harus terus sihat dan kuat
untuk masa akan datang"
"Terima
kasih ibu...."
Air
mata mula menitis. Aisyah memeluk ibunya dengan erat dan seperti tidak mahu
melepaskan insan yang banyak memberikannya semangat. Dia lah ibu, dialah
penasihat terbaik dalam hidup Aisyah.
"Aisyah
macam mana, dah rasa ok?"
Ayah
Aisyah tiba-tiba masuk sambil membawa tiga bungkus makanan, sebotol air mineral
1500ml dan sedikit buah-buahan.
//“Allah...peliharalah
insan ini”//
Hati Aisyah berbicara sebaik sahaja melihat ayahnya yang sarat membawa banyak
makanan untuknya.
"Ayah.....alhamdulillah,
Aisyah dah rasa lega sikit. Tadi Aisyah rasa pening. Maaf ye ayah, Aisyah tak
dapat buat seperti yang ayah harapkan untuk majlis konvokesyen tu"
"Ayah
tak kisah la Aisyah, yang penting Aisyah berjaya dunia akhirat...sekarang Aisyah
sahaja satu-satunya harapan kami"
Sambil
ayahnya menggosok-gosok kepala Aisyah.
Mendengar
kata-kata ayahnya, hati Aisyah menjadi semakin sebak. Mindanya lantas
teringatkan arwah adiknya, Fatihah. Aisyah tunduk sambil mulutnya membaca surah
Al-fatihah untuk dikirimkan kepada adiknya.
“Ibu...sebenarnya hati Aisyah tak
sekuat Ibu”. Aisyah tunduk sambil berbicara.
“Kenapa Aisyah cakap macam tu?”.
Ibu mencuba untuk menyelami perasaan anaknya.
“Sebenarnya Aisyah seperti belum
redha dengan kepergian Fatihah”. Perlahan-lahan Air mata Aisyah menitis
membasahi selimut putih hospital.
“Aisyah...apa yang dah jadi semua
ketentuan Allah. Kalau Aisyah tak boleh terima sama macam Aisyah menentang
kehendak tuhan”. Puan Halimah tenang menutur kata.
“Tak...Aisyah tak menentang
kehendak Allah. Aisyah tak tahu macam mana nak buang semua kenangan ni”. Aisyah
bingung dengan keikhlasan redhanya.
“Aisyah boleh...cuba Aisyah. Ingat
ketentuan Allah sentiasa yang terbaik. Cari hikmahnya”.
Aisyah seakan cemburu dengan
ketabahan ibu dan ayahnya yang sangat redha dengan kepergian Fatihah. Perasaan
seorang Ayah dan Ibu lebih kuat dengan anaknya namun ikhlas mereka untuk redha
itu sangat kuat. Aisyah tidak tahu untuk ikhlas sedang memori dalam fikirannya
sentiasa menggangu. Namun usahanya untuk merasa ikhlas dalam redha tidak putus
di tengah jalan. Dia terus dan terus mencuba untuk melupakan segala kenangan.
Biarlah kenangan sentiasa diiringi dengan doa. Aisyah tetap akan mencuba dia
tidak mahu lagi hidup dalam kepura-puraan, memakai topeng bahagia sedang hati
lagi berduka.
-TAMAT-
Comments
Post a Comment